Tuesday, December 6, 2016

CERPEN : Dia yang Sukar dilupai.

Aliya seorang gadis yang bercita-cita tinggi yang sukar dibaca mindanya . Aliya yang baru berada di tingkatan 1 meminati seorang rakan sekolahnya yang sememangnya turut digilai para gadis. Orang yang diminati Aliya sebaya dengannya , personalitinya memang menepati cita rasa para gadis. Namun, orang yang diminati Aliya itu sejenis yang tidak gemarkan hubungan cintan cintun... 

"Weyhhh raz weyh razzz !!!" 
"Ish yang kau gelabah sangat ni dah kenapa, gedik betul minah ni haih " Erfina sedikit geram dengan perangai Aliya yang seperti si kudung dapat cincin bila ternampak 'crush' kesayangannya Raz. 
"Hensem sangatlahh weyh ..." 
"Fanatik sungguh kau dekat budak Raz tu , bukan kau sorang je tau yang tergila-gilakan dia , ramai lagi senior2 tertarik kat dia tu . " 
"Pedulikanlah senior2 tu , dia bukan pandang pun cinta2 ni" 
" lahh , tahu pun dia tak pandang , habis yg kau  tergila-gilakan dia dah kenapa wahai cik Nur Aliya Naziha?" Erfina berasa pelik dengan sikap Aliya yg satu ini.
"Alah biarla aku tak kesah pun . " 
" cepatlah habiskn makanan kau tu , masa rehat dah nak habis ni " Erfina sendiri bingung dengan sahabat karibnya itu. 

.....................

Aliya mempunyai seorang rakan lelaki yang berkawan dengan Raz dan turut mengetahui bahawa Aliya menyimpan rasa terhadap Raz . Peluang itu Aliya gunakan untuk cuba berkawan dengan crushnya itu . 
'Ehh, nik online lah , chat dia lah' Nik adalah rakan lelaki yang bersahabat dengan idolanya itu . Aliya memberanikan diri memberi salam pada nik di facebook chat . 
- Assalamualaikum, hi nik :D (Aliya)
-Waalaikumsalam, haii liyaaa ;) 
-Weyh , kirim salam kat Raz eh , ikhlas dari secret admire dia hikhik :p" 
-Tak habis2 engko eh hahahaha oklah nanti aku sampaikan" 
-kau lah sahabat aku , thankss !" 
*offline* 

..................

Di sekolah , Aliya sering memerhatikan Raz tanpa menyedari Raz akan mengetahui kelakuan liya tersebut. 
Sewaktu berjalan ke perpustakaan , Aliya terserempak dengan Nik . 
"Haii nik , dah sampaikan salam aku kat dia ke?"  Aliya mengajukan soalan dengan riak teruja . 
"Ehh liyaa , kau ni mmg takde bende lain nak tanya ke selain raz , dah angau dah rasanya budak ni " omel nik dengan nada bergurau
"Ish cepatlah aku taksabar nk tahu respon raz ni . " 
" liya , aku nak cakap sikit dengan kau ni " Nik pamerkan raut wajah serius 
"Lah dah kenapa pulak ni ?" 
"Aku rasa baik kau buang je lah perasaan suka kau tu dekat Raz , dia tak layak terima sayang dari kau liya .. " nasihat Nik pada Aliya
" kenapa kau cakap macam tu Nik , kau sengaja buat aku patah semangat kan ?" luah Aliya dengan nada sedih.
"Bukan macam tu liya . Dia dah tahu secret admire dia tu adalah kau , dia perasan yang kau duk perhati dia setiap hari setiap masa setiap saat . " Nik memberitahu Aliya hal sebenar
"OME yeke? Alah mana nak letak muka aku pasni , malunyaa"
"Liya kau dengarlah cakap aku eh ? Kau buang je lah perasaan kau tu pada dia , dia tak layak"
"Aku tak faham lah kenapa kau cakap macam ni ???" Kata-kata yang keluar dari mulut Nik membuatkan Aliya bingung.
" Aku tak nak cakap , aku tau benda ni akan sakitkan hati kau .. Tak perlu lah kau tahu . Cukup sekadar kau buat je apa aku suruh. "
" Nik tolongla jangan berselindung , aku tak sukalah kau buat aku tertanya2 camni , cakap je lah aku tak kisah pun " 
" Masa aku sampaikan salam kau kat dia , dia tak terima pun salam kau tu , dia kutuk kau lagi adalah , dia kata kau gedik , xsedar diri terhegeh2 kat dia walhal muka takcantik mana pun. Maafkan aku liya tapi ni respon dia pada salam yang kau kirimkan kat dia .. Lepasni tolonglah jangan dera perasaan kau dengan menyayangi orang yang tak layak terima perasaan suci kau tu "
Nik berterus terang tentang reaksi Raz yg telah mengetahui Aliya meminatinya. Aliya terkesima mendengar kata-kata yang baru saja meluncur di bibir Nik tadi . Sekelip mata hanya dengan sebaris ayat yang menembusi gegendang telinganya , telah menghiris hatinya dengan begitu kejam sekali . Ada air yang bergenang ditubir matanya namun ditahan .
"Hahaahahha menusuk ke kalbu sungguh ayat dia kan , takpelah kau jangan risau , pasni aku takkan kacau dia lagi . Aku sedar diri aku siapa di mata orang yg berupa macam dia . Oklah , aku ada hal nak kena buat ni, thanks eh sebab tolong aku "

Aliya berlalu pergi dengan segera kerana takut air mata yang ditahannya jatuh di hadapan rakan lelakinya itu . Nik hanya menghela nafas berat setelah melihat respon Aliya pada nya , dia tahu bahawa Aliya menyembunyikan seribu satu rasa dihatinya , riak wajahnya cukup membuat Nik mengetahui betapa terlukanya Aliya dengan kata-kata Raz padanya.
..................
 Di kelas Aliya termenung sendiri, dia tidak seceria seperti biasanya. Erfina kawan karib Aliya menegurnya ..
" woii ! kau dah kenapa termenung sendiri ni ? Mr Crush kau tak hadir eh ?"
" Ishh kau ni , tak reti bagi salam ke ? sibuk je , suka hati aku la nak buat apa pun , tak ganggu hidup kau pun kan ?" Aliya menjadi sensitif mendengar perkataan "Mr Crush" yg keluar dari mulut sahabatnya itu.
" walawehh, kau ni nak sentap bagai dah kenapa? apa Raz dah buat kat kau ? "
Erfina pelik dengan mood Aliya pada haritu , sensitif sangat.
" tak ada buat apa lah , dah lah, takde topik lain ke kau nak bualkan selain dia ?" Aliya berasa geram dengan sahabatnya itu
" Haaa! ada . tapi bad news, aku sure kalau kau dengar kau akan patah , berkecai, bersepai seribu punyaaaa, nak dengar tak ?" 
" banyak lah kau punya berkecai, apa diaaa? aku tak suka tertanya-tertanya ni cepatlah."
" nii, aku dengar Raz nak pindah, dia dapat panggilan kedua masuk MRSM ... " Erfina memberitahu Aliya dengan nada tenang.
Aliya terdiam seribu bahasa mendengar berita yang baru disampaikan oleh sahabatnya itu, sekaligus, kata-kata Nik tempoh hari terngiang-ngiang di telinga nya.
" weyh liya ! aku cakap dengan kau kot, bukan dengan buku,kerusi , meja ni haa. " Erfina geram kerana Aliya tidak melayannya
" Lantak dia lah nak pindah mana pun, malas nak ambil tahu." Aliya berlagak seperti tak ingin mengambil peduli dengan berita yg baru saja disampaikan oleh Erfina itu
" lahh pulakk.. kau ni dah kenapa? kalau ada masalah cerita lah dekat aku, apa guna aku ni sebagai kawan kau kalau tak dapat jadi pendengar setia masalh kau tu." Erfina dapat mengesan ada sesuatu yg disembunyikan oleh Aliya daripada nya.
" Ish takde apalah, jom lah pergi rehat, dah masuk waktu rehat dah ni."
Soalan Erfina dibiarkan sepi, Aliya berasa malas ingin membahas apa yang Raz dah buat kat dia.

....................................

Hari terakhir Raz dekat sekolah, Aliya sempat usha Raz untuk kali terakhir. Walaupun lelaki tu telah mencipta luka di hatinya, namun rasa sayangnya terhadap Raz tak dapat dihilangkan begitu saja.
Di perpustakaan sekolah;
" Liya , Raz dah pindah, kau move on lah . dah dah lah tu siksa hati kau dengan menyayangi orang yg tak pernah hargai pun kewujudan kau dalam hidup dia . aku tau kau sebenarnya sedih sebab Raz pindah kan, tapi berlagak seperti orang yang tak ada perasaan " Erfina menyuarakan apa yg terbuku di hatinya ketika melihat Aliya yg dah tak seperti dulu. Aliya lebih banyak berdiam diri daripada bercakap, berketawa macam selalu.
Kata-kata Erfina dibiarkan sepi oleh Aliya, dia malas nak bercakap soal hati dan perasaan ketika itu. Sudahnya, Erfina hanya mengeluh berat melihat kelakuan Aliya yg berubah drastik kerana lelaki yang bernama Mohd Razli .

...................................

12 Tahun kemudian, kini Aliya sudah berumur 25 tahun . Aliya menjadi seorang wanita bekerjaya. Tidak kurang juga sahabat karibnya Erfina. Erfina berjaya mencapai cita-citanya, iaitu menjadi seorang fashion designer, manakala Aliya pula menjadi seorang guru matematik di sekolah rendah.
Aliya bahagia dengan kehidupannya, dia dapat mencapai apa yg diingininya tapi kenangan lama tidak pernah berhenti menghantui Aliya.. Mohd Razli.. meskipun Aliya sudah 12 tahun tidak bertemu Raz , namun ingatan Aliya terhadap orang yang disayanginya dalam diam itu tidak pernah pudar.

Telefon pintar Aliya berdering minta diangkat..
' ish siapa pula yang ganggu orang tengah kerja nii ..' hati Aliya bermonolog sendiri.
" Assalamualaikum, ada apa kau call ni Fina?" Aliya menjawab panggilan dengan nada mengantuk.
"waalaikumsalam, sorry ganggu kau Liya. Ni aku nak minta tolong sikit dengan kau ni, urgent ."
" Nak aku tolong apa , urgent kenapa pulak dah ni ?
" Esok, adik aku balik dari Melaka, dia cuti sem. Tapi aku tak dapat jemput dia dekat Airport.. aku ada urgent meeting dengan client. kau boleh tolong aku tak ?" Terang Erfina panjang lebar
" kau nak aku jemput dia lah ni ? jam berapa ?" Aliya dapat meneka apakah yang diingini oleh sahabatnya itu.
" Jam 3 petang, kau dah habis kelas kan ? tolong aku please, kau je yang aku boleh harapkan sekarang ni. aku dah janji dengan adik aku tu nak jemput dia tapi aku tak boleh, nak suruh dia naik teksi, nanti sebulan pula dia buat muka dengan aku ." Erfina sudah tidak tahu untuk meminta tolong dengan siapa, hanya Aliya yg terlintas di kepalanya pada masa ini. 
" Ok lah aku tolong, inform kat adik kau aku yg jemput dia, nanti hairan pulak dia aku yg jemput "
"ok set ! thankyou Aliya, kau lah sahabat aku dunia akhirat, muahhh sayang kau lebih"
" Hampehh, dahlah aku ada kelas ni, Chaw luuu" Panggilan dimatikan.
..............................................

Seperti yang Aliya persetujui, dia menjemput adik Erfina yang pulang cuti sem di Airport. Aliya sampai di Airport setengah jam lebih awal, kerana dia takut jalan jam, tertunggu2 pulak adik si Erfina tu nanti.

sementara menunggu flight adik kepada kawannya itu landed, Aliya memasuki suatu cafe yang berada di Airport tersebut bagi menghilangkan haus di tekaknya. Seperti biasa, Aliya mengorder air kegemarannya, Espresso coffee.

Sambil menikmati espresso nya, Aliya melilau kawasan cafe tersebut dengan pandangan matanya...
'ramai juga crew2 cabin minum kat sini..' detik hati Aliya apabila melihat ramai para pekerja kapal turut minum di cafe tersebut . Seketika kemudian, mata Aliya tertarik pada sebuah meja yang terdapat para pilot yang sedang duduk bersembang sambil menikmati hidangan mereka, tiba-tiba mata aliya tertancap pada salah seorang pilot yang agak familiar baginya.

Jantung Aliya seakan terhenti apabila gerangan yang diperhatinya tadi mengalihkan pandangannya kepada Aliya. ' Tekaan aku tak salah, tu memang dia .. ' hati Aliya berdegup kencang apabila lelaki tersebut tidak melarikan pandangannya terhadap liya. lantas Aliya berura-ura untuk meninggalkan cafe tersebut tanpa mempedulikan lelaki yang memang dikenalinya itu.Tanpa Aliya sedari, pursenya telah terjatuh daripada handbagnya dan disedari oleh seseorang yang berada di situ .

...................................

"Kak Liyaa !!!" laung shasha pada Aliya yang kelihatan seperti dikejar sesuatu . Aliya yang terdengar seseorang seakan memanggil namanya lantas menoleh kepada si empunya suara.
"Ehh shaa dah sampai, sorry kakak pergi cafe kejap tadi nak basahkan tekak yang kering ni ."
"ha'ah baru juga landed , Kak Liya ok ke ? shaa tengok macam mengelak sesuatu je " Shasha yang ternampak wajah cemas Aliya sebentar tadi terus menanyakannya pada Aliya
"Ehh, tak adalah, macam2 lah shaa ni . jomlah kakak hantar Shaa balik, ke Shaa nak singgah makan dulu ?" Aliya cuba menafikan soalan yg diajukan oleh Shasha itu.
"Err, takpe lah kak, Shaa pun dah letih dah ni, Sha makan kat rumah je lah "
" Haa oklah kalau macam tu , jom"
..................................
Raz yang terlihat purse wanita yang memerhatikannya tadi jatuh, lantas mengambil purse tersebut dan ingin mengembalikan nya pada empunya purse ....
'Aik, lajunyaa, dah hilang dah ?' Raz bermonolog sendiri apabila hajatnya untuk mengembalikan purse itu kepada tuannya tak kesampaian.

"weyh Raz kau dah kenapa terburu2 macam kejar seseorang je aku tengok ?" tegur rakan sekerja Raz yang terkejut apabila melihat Raz tiba2 keluar dari cafe sebentar tadi.
" Nih Haa , ada sorang girl ni aku nampak purse dia jatuh dari handbag dia. nak pulangkan tapi dia dah hilang . "
"lah pegilah hantar dekat announcement kaunter, check ic dia ada tak ? senang nak tahu tuan punya purse."
" ye tak ye jugak, oklah aku gerak dulu, takut dia dah keluar airport pulak "
.................................

"Perhatian kepada pemilik purse yang bernama Nur Aliya Nazihah , sila datang ke announcement kaunter untuk mengambil purse anda yang tercicir "
30 minit Raz berada di kaunter tersebut untuk menunggu tuan punya purse datang bagi menuntut purse yang tercicir itu namun tiada tanda-tanda yang wanita itu akan muncul .
'Rasanya dia dah keluar tadi lagi dah... '
Raz mengambil semula purse tersebut dan menyimpannya sendiri.

.............................................

sesampainya Aliya dan Shasha di rumah sewa Aliya dan Erfina, Aliya terus merehatkan badannya di dalam bilik kesayangannya. Dalam pada itu, Aliya mencari cari telefon pintarmya untuk menghubungi Erfina .....
' ehh kenapa macam ada yang kurang eh ?' Aliya bermonolog sendiri apabila membuka handbagnya .
' Ya allah purse akuu !! mana pulak dia ni haihhlaa buat hal pulak ' Aliya menyedari pursenya sudah tidak ada di dalam handbagnya..

.............................................

Raz mati akal bagaimana untuk mengembalikan purse wanita yang dijumpainya tadi ...
' apa kata, aku cek purse dia ni, mana tahu ada kad dia ke dia selit dalam ni '
Malangnya, Raz tidak menjumpai kad yang diharapkannya . tapi raz menjumpai secebis kertas yang bertuliskan nombor telefon di dalamnya.
' nombor siapa pulak ni ? aku try call lah manatahu nombor orang terdekat tuan punya purse ni ..'
...........................................

" Shaaa, shaaa !" Aliya memanggil Sha.
" kenapa kak ?!" Shaa yang sedang menonton televisyen terkejut apabila mendengar namanya dipanggil dengan nada yang kuat oleh Aliya
" ada nampak purse akak tak ? dalam beg tak ada lah, aduh mana pulak purse aku nih"
" ehh, takde pula shaa nampak akak keluarkan purse akak sepanjang kita otw pulang tadi , cuba kak ingat bila last kak keluarkan purse dari bag. " 
" bila ehh..... haa , masa akak singgah cafe dekat airport tadi lah shaa, kak lupa masuk kan dalam handbag, kak letak kat paha je masa tu, lepastu akak buru2 nak keluar . Agaknya jatuh kat cafe tu kot. Alah masalah lah cenni, kalau ada orang ambil macam mana? duit tu akak tak kesah, tapi IC, lesen kad bank semua dalam tuu Shaa, masak la akak camni " ujar Aliya panjang lebar dalam nada kerisauan.
" ok kak relaks dulu, sekarang dah malam ni, esok Sha temankan Kakak pergi cafe tu semula, manatahu pekerja cafe tu jumpa dan tolong simpan kan? " Shasha cuba menenangkan Aliya yg dalam kerisauan.
" macam mana ni, kak risaulah. penting tu shaa , haihlaa bala apa pulak ni " 
" kenapa korang dua orang kalut semacam ni , ada masalah besar apa, hang menang loteri kah Liya?"
Erfina yang baru sampai dari berjumpa client merasa hairan dengan adik dan sahabat nya itu.
" menang loteri hotak kau, purse aku hilangg lahh Cik fina oii,, orang dok risau, dia fikir yang bukan2 pulak, serabut aku haih." luah Aliya dengan nada geram apabila mendengar kata2 sahabatnya itu .
" chill la bebeh, kau tenang dulu, kalut2 macam ni bukan purse kau tu boleh jumpa pun. " Erfina menasihati Aliya yg seperti ibu kehilangan anaknya. Purse je pun.. tiba2
*Telefon Shasha berdering* unknown number
" Hello, shaa speaking ?" 
" Err, helo sorry for bothering, ni saya jumpa number awak ni dalam purse err... Nur Aliya Naziha, awak ke pemilik purse ni? atau pun mungkin dia kenalan awak ke ?
" Ohh yaa, yaa saya adik kepada kawan pemilik purse tu , purse kak Liya. Kejap ehh saya bagi awak cakap dengan dia" Shaa menyerahkan telefonnya kepada Liya.
" siapa Shaa?"
" akak cakap la dulu dengan dia "

" Ya hello? saya Nur Aliya Naziha.. ada apa ya?"
" Cik Aliya, ni saya terjumpa purse awak dekat cafe tadi, saya nak pulangkan tapi awak dah takde. "
" laa yeke encik? Alhamdulillah, saya baru kalut nak cari purse saya tak jumpa, syukurlah kalau ada yang jumpa.. di mana saya boleh berjumpa dengan encik yaa?"
" Kalau Cik Aliya tak keberatan, bolehlah kita jumpa esok dekat cafe tadi, inform dekat saya jam berapa Cik Aliya free, nanti saya message number saya dekat number ni eh . see you later.."
*tutt..Tutt*
" Lah belum habis cakap dah letak"
*vibrate message*
- Ni no saya , inform saya esok k, see u tomorrow. 0111282805
" shaa whatsapp kakak no ni nanti eh " pinta Aliya pada Shasha
" Dia yang jumpa purse kau ke Liya?" Erfina bertanya dalam keadaan tak sabar nak tahu siapa gerangan yang bercakap dengan Aliya tadi.
" Ha'ah, dia jumpa dekat cafe aku minum masa tengah tunggu flight Shaa landed tadi. "
" Kau tu careless sangat , macam mana lah benda penting macam tu boleh tercicir pulak, heih, liya..liya. ntah2 , yang jumpa purse kau tu jodoh kau tak? HAHAHA" meletus ketawa Erfina menyakat Aliya yang sedang kalut kehilangan purse.
" kau tengah buat lawak antarabangsa eh ? takde mood nak ketawa lah pulak, cuba lain kali eh . poyo je lepas jumpa client, awat, client ada tanda2 seperti bakal imam ya? "
Aliya mengenakan sahabatnya itu kembali . Bengang Erfina dikenakan balik oleh Aliya, lantas terus naik ke bilik nak menyegarkan badan yang keletihan.
" Shaa, esok free tak? temankan akak ambil purse boleh?"
" haa okok, Shaa takde buat apa pun esok. Jam berapa kak ?"
" Around jam 2 lah, kak abis kelas Jam 1 , nanti kak jemput Shaa "
" Ok Set!!"
.............................................

Awal pagi lagi Aliya telah menghantar Message kepada lelaki yang menjumpai purse nya kelmarin .
- Assalamualaikum, saya jumpa Awak pukul 2.30 pm dekat cafe kemarin . Aliya.
*message received*
Raz menerima message daripada Aliya tersenyum lebar, tidak sabar untuk bertemu tuan empunya purse . Hari ini Razli tak ada Flight sebab tu lah senang untuk dia bertemu dengan Aliya untuk mengembalikan purse wanita tersebut.
" kau dah kenapa sengih sorang2 , macam gaya orang dah jatuh je aku tengok" Irfan teman serumah Razli menegurnya .
" Banyak lah kau punya jatuh cinta , sibuk je . takda flight ke harini?"
"Kalau kau jatuh cinta , aku tumpang gembira lah juga , sepanjang aku hidup dengan kau ni, tak pernah aku tengok mana awek dalam hidup kau . Ada pukul 3 nanti "
" Haa, ngam sangatlah tu , kau teman aku jumpa seseorang eh , aku nak kembalikan purse dia yang tercicir kat cafe kemarin "
" patut sengih semacam, rupanya nak jumpa bakal makmum "
Razli hanya memandang irfan dengan pandangan kosong . Sememangnya dia bukan jenis yang suka kan hubungan cintan cintun ni.
.............................................
Raz dan Irfan sampai 5 minit awal daripada yang dijanjikan oleh Aliya. Raz mengambil tempat duduk yang terdedah dengan orang ramai agar dia mudah melihat Aliya.
" Perempuan tu kenal kau ke Raz? nanti dia tercari-cari pulak"
" Ntah , aku pun tak pasti , tapi aku Cam muka dia , nanti pandai2 lah aku sound."
2 minit kemudian

" kak mana satu lelaki yang nak kembalikan purse akak tu .. "
"Ntahla Shaa, akak pun tak kenal "
tiba-tiba...
" Cik Aliya Naziha?" Raz memanggil Aliya sebaik saja melihat Aliya yang sepertinya mencari sesuatu . Aliya yang terdengar seseorang memanggil namanya lantas mengalihkan pandangan kepada si empunya suara.

Ketika Aliya menoleh, dia seakan-akan tidak berpijak dibumi nyata, jantungnya berdegup pantas . Terasa dirinya ingin lari pada masa tu juga tapi ada sesuatu menghalang.
" Kak , Kak Liyaaaa, abang tu panggil akak laa" Sha yang melihat Aliya tidak bergerak mahupun bercakap sikit pun, lantas mencubit lengan Aliya , serta merta membawa Aliya ke dunia nyata.
" Err, yaa saya Aliya.. Aaa..awak.. ke yang.. jj..jumpa purse saya?" Aliya menyoal dalam nada gagap
' Haishh, apasal gagap pulak lepas jumpa mamat ni ' omel Aliya dalam hati.
" Haa yeee saya, marilah kita duduk dulu " Razli menjemput Aliya dan juga Shasha ke meja yang Diduduki olehnya dan juga Irfan .

.....................................

Semenjak dari pertemuan Aliya dan Raz tempoh hari, kini Raz semakin kerap menghubungi Aliya. Aliya pada awalnya ingin mengelak daripada Raz, namun Raz lebih bijak mendekati Aliya dengan pelbagai cara .. Akhirnya Aliya menerima Raz tidak lebih dari seorang rakan, manakala perasaannya pada Raz dikuburkan begitu sahaja. Hubungan persahabatan Raz dan Aliya diketahui oleh Tiqah melalui Shasha memandangkan Shasha yang menemaninya bertemu Raz tempoh hari. 

Setiap kali ada kesempatan, Raz selalu mengajak Aliya keluar . Kadangkala Raz yang menghantar Aliya ke sekolah dan menjemputnya balik dari sekolah. Aliya tidak mampu menipu hatinya bahawa dia sangat menyenangi layanan Raz terhadapnya.

Sedang Aliya sibuk mengupdate post di blognya tiba-tiba Erfina datang menceroboh biliknya.
" Woii ! sejak kebelakangan ni aku tengok kau beperap je dalam bilik, ada apa2 ke ?" Erfina yang seakan menyedari kelakuan Aliya itu, tanpa berselindung terus mengajukan soalan yang bermain di fikirannya
" kau tak reti ketuk pintu ke sebelum nak masuk bilik orang tanpa izin ni?" terkejut dengan sergahan Erfina itu, Aliya memarahinya.
" Sajee nak tau kau buat apa kat dalam bilik hehehhe" Luah Erfina dengan mimik muka yg agak menjengkelkan
" Sibuk je lah " 
" Alah cerita lah kat aku pasal kau dengan Raz?" soal Erfina yg ingin tahu tentang mereka berdua
" Nak cerita apa.. kitorang biasa je lah. " 
" Elehh yelahtu biasa, macam aku tak tahu Raz selalu contact kau en?" ujar Erfina
" Dah tu, kenapa tanya lagi kalau dah tahu.." Aliya membuat muka bosan.
" Yela, aku bukan tak tahu yang kau tu masih ada hati kat dia... lagipun aku tengok korang makin rapat je, kot kot dia ada hati kat kau jugak tak ?" Erfina meluahkan rasa hatinya yang sekian lama terbuku apabila melihat hubungan persahabatan yang kononnya dikatakan oleh Aliya itu.
Aliya menghembus nafas berat sebaik saja mendengar omelan Erfina.
" Entahlah fina, aku malas nak fikir sampai ke situ . takut kecundang huhuhu. buat masa ni aku lebih selesa sebegini. soal hati aku tak mampu untuk ketengahkan. Aku kena sedar diri aku siapa dan Raz itu siapa.. Aku sampai sekarang tak tahu dia tu dah ada someone special ke belum . huhuhu"
" Lah, asal kau tak tanya je , poyo je korang berdua nih" omel Erfina lagi.
"ishh, malas lah aku nak sibuk. Dia tak ingat kat aku kot rasanya, sebab tu lah dia boleh je berkawan dengan aku . Kalau dia tahu.. ntahlah apa nak jadi " Aliya tidak ingin mengungkit kisah lama di antra dia dan Raz , kerana dia lebih selesa dengan keadaan yang sekarang ini.
" Kalau dia tahu pun kenapa? kau dah berubah dah pun, dah tak hodoh macam dulu. Alah tu cerita zaman sekolah, takkanlah nak diperpanjangkan sehingga sekarang, matanglah sikit cik Aliya oii"
Erfina meluahkan pendapatnya tentang apa yg ditakutkan oleh Aliya 
" kau cakap senanglah, dia benci aku dulu, dia hina aku . Aku tak simpan dendam pun, tapi dia? dapat ka dia  terima orang yang dia dah hina, benci dulu ?"
" Dahlah, diam2 sudahla, tak payahlah nak gatal2 mulut bagitahu kau tu siapa. Tak payah fikirlah Liya. serabut otak je "
............................................
 Setelah sebulan perkenalan Raz dengan Aliya, Raz kini dapat merasakan bahawa dia menyenangi kehadiran gadis itu dalam kehidupannya. Setiap kali tidak mendapat sebarang mesej dari gadis tersebut, dia pasti akan merasa resah, seperti ada yang kurang dalam kehidupannya. Dia yang menyedari perasaan yang bertandang di hatinya itu mengambil keputusan untuk mendiamkannya sehingga masa yang tepat tiba untuk dia meluahkannya.

Pada satu hari yang hening, Raz mendapat sebuah kad jemputan. Kad tersebut merupakan kad jemputan Reunion sekolah nya untuk batch mereka. Raz mengambil keputusan untuk menyertai majlis tersebut memandangkan dia cuti pada hari berkenaan. Namun, ada beberapa syarat untuknya menyertai majlis reunion itu. Salah satunya adalah, semua alumni hendaklah membawa pasangan masing-masing dan menggunakan pakaian yang sedondon mengikut tema yang telah ditetapkan. 
' Tak bleh blah betul syarat majlis nih, hampeh. aku nak bawa siapa pulak ni. ' Raz mengomel sendiri ketika membaca syarat penyertaan tersebut. tiba2 muncul wajah seseorang di dalam kotak fikirannya. 
' Haaa, baik aku ajak Liya ' Raz membuat keputusan untuk mengajak Aliya menemaninya ke majlis reunion sekolahnya.

- Assalamualaikum Aliya, esok saya nak jumpa awak boleh ? Ada benda nak tanya sikit hehe."
*sending*

*Received*
' nak tanya apa pulak dah ni, haihlahh buat orang curious lah Raz ni, tak boleh tanya kat mesej je ke' Aliya sedikit terkejut sebaik saja membaca mesej yang baru saja dikirimkan oleh Raz.
- Waalaikumsalam,tanya je lah sekarang, tak boleh ker?"

- Tak boleh, nak kena f2f jugak, boleh lah please. 
- Leceh lah awak ni, Oklah oklah. lepas saya habis kelas esok kita jumpa. Later inform location . Dah saya nak tido, Goodnight.
- Yey ! okay , Goodnight princess Aliya.


Aliya yang mengantuk terus hilang kantuknya sebaik saja membaca mesej terakhir yang dikirim oleh Raz... Sesungguhnya Aliya tak boleh tipu hatinya sendiri bahawa perasaan nya yang terkubur terhadap Raz dahulu kini mekar bak disirami baja semula .. namun rasa hatinya itu di diamkan saja kerana takut pisang berbuah dua kali... akhirnya Aliya tertidur dengan hati yang kian terdera setiap kali Raz bermain di fikirannya.

...............................

Seperti yang dijanjikan, Aliya menemui Razli sebaik saja tamat waktu persekolahan. 
" Assalamualaikum, dah lama tunggu? "
" Waalaikumsalam , taklah baru 10 minit yang lalu sampai"
" dah order ke ? saya nak order jap lah, lapar pulak."
" eh, dah dah, saya dah order kan awak sekali . Tahu awak mesti belum makan lagi"
" Hahaha, tau2 je kan. Thanks. Awak nak tanya apa ?" Aliya yang baru saja membelek menu, tersenyum dengan kata-kata yg meluncur dari mulut raz sebentar tadi.
" Mak aih, tak menyempat awak eh, terus tanya." Omel Raz.
" saya dari semalam tak lena tidur tau memikirkan soalan awak nak tujukan sangat tu" Aliya jujur dengan Raz .
" Boleh pulak macam tu ea. Ni sekolah saya ada buat majlis reunion untuk batch saya. Saya nak join lah majlis tu, tapi ada masalah sikit." Terang Raz tanpa berselindung. 
" Lah masalah apa pulak?" Aliya bertanya sebaik saja mendengar kenyataan itu dari Raz
" saya tak ada partner.." luah Raz dengan nada pura-pura sedih
" Aik, macam tu pun ada ke? girlfriend awak ?" Aliya menekan perkataan 'girlfriend' itu.
" Haa, saya nak tanya Girlfriend saya lah ni kalau dia sudi nak ikut saya ke majlis tu " beritahu raz selamba
Ayat yang baru saja keluar dari mulut Raz itu sepertinya merentap jantungnya...
" Dah tu , apa kena mengena dengan saya pulak?" Aliya berlagak tenang..
" Kena mengena lah, sebab jawapan tu ada pada awak..." sekaligus Raz mengukir senyum nakal buat Aliya
" Apa awak cuba nak sampaikan sebenarnya ni, saya tak faham lah." Aliya bingung dengan Raz.
" Nur Aliya Naziha, sudi tak awak jadi partner untuk majlis reunion di sekolah lama saya ?"
Aliya terkesima dengan Ayat yang dituturkan oleh Razli.
" helooo?? Aliyaa are you here?" Raz masih menanti respon aliya 
" Haa ye ye ."
" sudi ke tak?"

.......................................

Erfina yang memerhatikan Aliya sering termenung membuat keputusan untuk menanyakan puncanya.
" Aliya, kau ni kenapa, aku tengok macam ada sesuatu yang tengah ganggu fikiran kau je"
" Raz.." luah Aliya pendek
" kenapa dengan Raz?" 
" Dia ajak aku jadi partner dia untuk majlis reunion Raz nanti.. " Aliya memberitahu permintaan Raz untuk dia mengikuti Majlis itu kepada Erfina
" lah dah tu apa yang kusut sangat?" soal erfina selamba.
" Aku tengah fikir nak pergi ke tak ." 
" Lahh, tu pun nak kena fikir ke. Pergi je lah, majlis reunion je pun bukan gi jumpa jurunikah" Erfina sengaja menyakat sahabatnya itu.
" boleh ke aku pergi? layak ke? sesuai ke?"
" Kau tak habis-habis dengan rasa rendah diri kau kan Liya. Dah-dah lah tu . cuba bina keyakinan kau tu balik. kesian hati kau liya. terseksa." Erfina faham sangat apa yg sedang berada di kepala otak sahabatnya itu cuba menasihatinya.
" kau tak faham fina, hinaan dia yang buat aku hilang keyakinan diri selamani..."
" dah, dok sah nak kalut sangat, pegi jaa . jangan siksa hati kau. Aku tau hati kau nak pergi tapi otak kau yang senget tu menghalang kan. pegi ja la , bukan selalu pun. peluang dah ada depan mata liya, dia ajak orang lain kang, frust menonggeng kau nanti."
Erfina memahami kemelut perasaan yang dialami sahabatnya itu.. tidak berkeyakinan, itulah Aliya.

..................................

Setelah puas meround mall , Aliya dan Raz singgah ke kenny rogers untuk mengisi perut yang berkeroncong. Aliya bersetuju untuk menjadi partner Raz di Majlis reunion lelaki itu, dan oleh kerana itu, Raz membawa Aliya shopping outfit untuk mereka berdua mengikut tema majlis yang telah pun ditetapkan. Aliya akur dengan permintaan Raz.

" Awak, thanks eh sebab sudi jadi partner saya .." Raz memecah keheningan dia antara mereka berdua.
" Ok sama-sama. thanks juga sebab belanja saya .." ucap Aliya seraya mengukir senyuman.
" mestilah, dah saya yang nak awak jadi partner saya kan hehe" 
" Tapi kenapa saya?" Aliya ingin tahu kenapa dia yg menjadi pilihan Razli
" sebab awak sesuai lah jadi partner saya" terang Razli ringkas.
"Tak malu ke nanti awak dengan kawan2 awak, saya kerja guru je , cantik pun tak" 
" Ish apa awak cakap macam tu, tak baik tau. Guru tu pekerjaan yang mulia, kalau guru tak ada , tak adalah jugaklah pilot macam saya, betul tak ? Sapa kata awak tak cantik? awak ni mengada je lebihla ."
Aliya hanya senyum mendengar respon daripada Raz kepada soalannya.. semakin berbunga hatinya terhadap lelaki itu.

..................................
Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Majlis Reunion itu diadakan pada sebelah malam. Jam 7 lagi Raz sudah menjemput Aliya di rumah gadis itu.
" Assalamualaikum" Raz memberi salam
" Waalaikumsalam, eh Raz . Masuklah. Liya tengah bersiap. Kau duduk dulu eh, aku panggil dia jap."
Erfina mengajak Raz masuk lantas memanggil sahabatnya.
" Liya, dah siap ke? Razli dah ada kat bawah dah. Cepatlah"
" Hahh?! alahh weyy aku taknak pergilahh.." Aliya berasa tak sedap hati untuk mengikuti Raz ke majlis itu.
" weyh Liya kau jangan nak mengada-ngada eh, Raz dah tunggu tu, segak bebenor dah prince charming kau tu aku tengok. Kau janganlah nak cancel pula. Apa pulak perasaan si Raz tu nanti." Erfina memujuk Aliya yg berada dalam dilema.
" Halahh, lecehhlah, kau je lah ganti tempat aku boleh?" fikir Aliya ..
" Fuhh ! kau dah hilang akal ke Nur Aliya Naziha. cuba otak kau tu bagi waras sikit. agak2 lah kalau nak suruh aku ganti. Dah jom turun. Aku tau keyakinan kau tu takda en? Kau cantiklah, betul aku tak tipu. Pandai Sha touch up kau kan, dah macam bukan kau dh aku tengok. dah jom." Erfina mengajak Aliya turun kerana takut Gadis itu betul2 menukar fikirannya nanti.
............................................
Dalam perjalanan ke Majlis tersebut, Aliya hanya mendiamkan diri di dalam kereta. perlakuan Aliya membuat Raz berasa hairan..
" Aliya , kenapa diam ni? awak ada masalah ke?"
Aliya yang terkejut dengan sapaan Raz mengeluh berat.
" Tak ada apa lah."
" Awak risau eh? , jangan risaulah... Awak cantik sangat malam ni. "
Raz mengukir senyuman paling manis untuk Aliya, tanda dia betul2 memaksudkan apa yang telah diperkatakannya. Aliya terpana seketika melihat Senyuman Raz, sekaligus dapat meredakan keresahan di hatinya buat seketika.
" Dah sampai dah, jom ?"

Raz meminta Aliya menyilang tangannya pada lengan Raz , dan mereka bersama-sama masuk ke dalam dewan di mana majlis itu di jalankan .
" Jangan risau, berlapik " Raz meyakinkan Aliya kerana tahu gadis itu menjaga batas pergaulannya dan dia juga turut begitu.
Pada malam itu mereka berdua kelihatan sangat sepadan. pakaian yang Raz dan Aliya gayakan turut memperlihatkan mereka bagai pinang dibelah dua. manis. Ramai rakan-rakan Raz yang memujinya dan mengatakan dia sangat bijak memilih pasangan.
" See, kan saya dah kata, awak cantik sangat malam ni, sampai kawan-kawan saya pun ada niat nak usha awak tau. cemburu pula saya" Raz memecah keheningan diantara mereka berdua.
" eishh, mengadalah awak ni. Saya tak rasa macam tu pun, awak je perasan lebih"
" Saya lelaki wak, pandangan diaorang pada awak saya tahu apa dalam hati diaorang tau ."
Aliya diam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Raz.

Sementara Raz sibuk berbual dengan sahabat-sahabatnya. Aliya memerhatikan orang-orang diskelilingnya.. tiba-tiba dia ternampak satu sosok tubuh yang amat dikenalinya.
'Nik' detiknya dalam hati. Secara tidak langsung Nik juga memandang ke arahnya. Lantas Aliya menyembunyikan wajahnya kerana tidak ingin Nik menyedari kehadirannya.

Sedang Raz dan Aliya sibuk berbual, tiba-tiba nama mereka berdua diumumkan sebagai Pasangan Serasi pada malam itu. Aliya tergamam apabila semua orang memandang ke arahnya dan juga Raz serta tepukan gemuruh yang turut mengiringi announcement tersebut.... Jauh di sudut hati Aliya, dia merasa bahagia dengan pengumuman itu namun disembunyikan perasaan itu ..

Majlis tersebut telah pun selesai.. semasa Razli dan Aliya bersiap-siap untuk pulang, tiba-tiba ada seorang lelaki yang menyapa Raz.
" Raz , lama tak jumpa weyh , makin upgrade kau sekarang en, dengan Aliya pula tu huhuhu. Akhirnya tercapai juga awak kan Aliya hahahha" Nik menyapa pasangan itu .
Aliya yang mendengar kata-kata Nik seakan jantungnya berhenti berdegup ..
" Ehh Nik... kau kenal Aliya? " Raz hairan melihat lagak Nik yang sepertinya sudah mengenali Aliya.
" Kenal lah broo, sebelum aku pindah MRSM dulu kan aku satu sekolah dengan Aliya, kau pun sama kan tapi aku pindah awal . Lahhh dah lupa ke ?? "
Aliya yang mendengar perbualan diantara Raz dan Nik tak mampu untuk berkata apa2.. dia seperti nya tahu apa akan jadi selepas itu...
" ye.. ye ke Liya? Asal tak bagitahu saya pun.." Raz yang seakan sangsi menanyakan soalan itu terus pada Aliya"
Aliya hanya mengangguk perlahan , hatinya pada masa itu remuk ..
" Alahh takpayah nak bagitahu sangatlah, Aliya dan cantik apa sekarang, Haa tu lah kau, jangan nak hina orang sangat . kan dah sangkut. " Nik yang tidak memyedari kemendungan di wajah Aliya terus menggelakkan Raz.
" Aliya, awak masuk kereta dulu, saya nak sembang ngan Nik jap eh ?" Raz menyerahkan kunci keretanya pada Aliya. Tanpa memberi sebarang respon, Aliya terus menuju ke kereta Raz kerana sudah tak mampu membendung keresahan di hatinya.
' Ya Allah Kuatkan lah aku untuk menghadapi dugaan mu ini ' Luah Aliya di dalam hati ..


Raz mengambil keputusan untuk bercakap dengan Nik sebentar kerana sesungguhnya dia tidak memahami apa yang dikatan oleh rakannya itu tadi..
" Weyhh apa kau cakap ni? Aku kenal Aliya ke dulu? asal aku tak ingat pun.." Raz menyoal jawab Nik selepas Aliya hilang dari pandangan.
" Raz kau ni tak tahu ke atau betul2 tak tahu? tu Nur Aliya Naziha yang pernah suka dekat kau masa Tingkatan 1 dulu lah. Aliya tu lah yang kau hina-hina dulu . sekarang dah jadi partner pulak, siap dapat anugerah pasangan serasi pulak tu. apa citaa ni bro?"
Razli yang mendengar ayat yang meluncur di mulut Nik cuba menghadamkan kata-kata tersebut.. Raz terdiam seribu bahasa apabila mengingatkan 'Aliya' yang diperkatakan oleh nik.


.................................................

Semenjak daripada peristiwa pertemuan Raz, Aliya dan juga Nik.. Raz sudah tidak lagi menghubungi Aliya.. Aliya berasa sangat resah kecewa dengan tindakan lelaki itu . Dari awal lagi Aliya sudah dapat mengagak bahawa ini yang akan terjadi diantara dia dan Raz.
" Aliya kau ni kenapa? dah 2 minggu aku tengok perangai kau lain macam.. rasanya sejak kau pulang dari majlis Reunion Raz . cuba cerita sikit dekat aku. kau gaduh dengan Raz eh?" Erfina yg melihat perubahan pada sahabatnya itu lantas menyuarakan apa yg bermain di benak fikirannya.
Aliya menghembus nafas berat, lalu menceritakan dari A to Z tentang kemelut yang sedang bertandang di hatinya. Tiqah yang mendengar cerita daripada mulut Aliya berasa sakit hati dengan perangai Raz.

" Dah lah Liya,kau lupakan je lah lelaki tak guna tu. Buat serabut fikiran je " Erfina yang berhati kering memberi nasihat sebegitu pada aliya.. cehh buken reti nak bagi semangat ke apa ke..

.................................................

Kini sebulan berlalu dan Aliya telah pun berazam untuk melupakan lelaki yang telah bertandang di hatinya selama bertahun-tahun.. Dia ingin meneruskan kehidupannya dengan bahagia.. cukuplah dia ada sahabat serta keluarga dalam hidupnya..

 Erfina yang melihat perubahan pada Aliya turut merasa gembira melihat sahabatnya itu.Kini, Erfina juga punya kebahagiaan sendiri setelah menemui bakal imam nya.. cehh pelik kan bagaimana hati kering macam Erfina boleh ada buah hati kikiki.. Erfina tu dalam hati kering dia ada kelembutan juga, ada juga perasaan ingin disayangi oleh juga tau hahahahahahaha...

Sedang Aliya sibuk menjalani kehidupan barunya, tiba-tiba dia menerima panggilan telefon yang mengejutkan dari ibunya ...............

............................

" liya, liya tu bukan muda lagi tau, dah 25 . Dah layak jadi Mak orang dah . Liya tunggu apa lagi, bila mak tanya liya dah ada pilihan hati ke belum, Liya kata tak ada. Apa salahnya Liya terima je ? Mungkin ni Jodoh yang Allah dah kirimkan untuk Liya .. Kerja-kerja juga sayang, tapi sampai bila nak membujang? Mak Ayah ni kepingin jugak nak tengok Aliya ada keluarga sendiri.." Ujar Mak Aliya panjang lebar ..

Selepas panggilan telefon tempoh hari, Aliya bergegas balik ke kampung halamannya.. Mak ayah nya ada perkara penting untuk dibincangkan.. dan ternyata perkara tersebut sangat mengejutkan Aliya..

Menurut Ibunya, ada rombongan yang datang untuk merisiknya seminggu yang lalu.. tujuan ibu ayahnya memanggilnya pulang adalah untuk bertanyakan persetujuan darinya.. Berita tersebut dikhabarkan pada Erfina sahabatnya...

" Kau kenal dia ke Liya" Erfina turut terkejut mendengar berita yang diperkhabarkan oleh Aliya.
" Mak aku kata, gerangan yang menghantar rombongan tu kenal aku.. sebab tu dia berani pinang aku.." Aliya menjawab dengan teragak-agak.
" Siapa ? kau tak tanya nama dia ke, gambar ke " soal Erfina
" Mak aku ingat nama dia Mohd je . Mohd mane ? banyak kot kawan kita nama Mohd, Gambar tak ada. " Aliya hanya mengetahui nama bakal suaminya itu dengan nama Mohd .
" Tapikan Liya, hati aku kuat mengatakan dia tu jodoh kau.. apakata kau terima je?" Erfina menyuarakan kata hatinya
" Banyak lah hati kau kata.. ni masan depan aku Erfina, aku tak boleh buat main.." Aliya yang masih dalam dilema untuk memutuskan persetujuan.
" Kau solat istikharah lah, mohon petunjuk dari NYA . lagipun, dah mak kau kata budaknya baik .. aku pun rasa macam tu . sebab apa ? sebab dia terus jumpa mak bapak kau dan dah pasang niat untuk halalkan kau , tak ke gitu ?" Nasihat Erfina panjang lebar.
" Ye aku pun fikir macam tu juga .. tak apa lah .. aku fikir sehari dua dulu . Nanti apa2 aku roger kau ehh. "
" kau bila balik ? aku sunyi tau kat rumah sorang2."
" alah sehari dua lagi aku balik la huhuhuh"
.................................................

" Aku Terima nikahnya Nur Aliya Naziha binti Ibrahim dengan mas kahwinnya sebanyak yang berikut " ... " sahh ? " " sahhh" dengan tidak semena-mena, jatuh air mata Aliya, kini dia telah pun sah bergelar isteri...

Setelah memohon petunjuk dari yang maha-Esa , Aliya menemui jawapannya . Dia sendiri yang menyatakan kepada ibu bapanya bahawa dia bersetuju untuk menamatkan zaman bujangnya. Dan kini Aliya telah sah menjadi isteri kepada suami yang belum dikenalinya.

Namun, semasa majlis pembatalan air wuduk, jantung Aliya seakan berhenti melihat siapakah gerangan yang telah bergelar sebagai imamnya ...
" awakk ?!" Aliya tidak dapat mengawal perasaan terkejutnya setelah menyedari siapa suaminya itu.
" Assalamualaikum Aliya " Raz mengukir senyum syukur pada Aliya yang kini telah bergelar isterinya sekaligus mengenyitkan matanya dengan senyuman nakal. Aliya terkesima dengan tindakan Razli itu .
" kawal sikit perasaan terkejut tu sayang hahaha, suka tak ?" Raz mengusik Aliya yang sudah kehilangan kata .

Ya , Mohd Razli kini telah Sah bergelar suami kepada Nur Aliya Naziha ....

......................................
Hari sudah pun semakin senja, para tetamu juga sudah berkurangan.. Sementara itu, Raz masih berbual dengan rakan-rakannya, dengan kesempatan itu, Erfina menyapa sahabatnya itu untuk mengucapkan tahniah.
" Tahniah Aliya ... Akhirnya sahabat aku dah jadi isteri orang dah .. tak dapat lah kita lepak lagi pasni kan.. mesti aku akan rindu kau . Aku doakan semoga kau dan Raz mengecapi bahagia dalam berumah tangga . kalau dia ada sakitkan hatikau, kau bagitahu aku tau biar aku belasah dia cukup hahahah .." ucap Erfina dengan nada sendu.. Aliya berasa hairan mendengar ayat terakhir Erfina .
" kau tahu ke pasal Raz, fina?" Aliya terus menanya kan apa yang terlintas di fikirannya tanpa menghiraukan ucapan tahniah daripada sahabatnya itu.
 Dengan terpaksa Erfina mengangguk perlahan.
" Sampai hati kau tak bagitahu aku kan .. kau sengaja je nak tengok aku menderita." Aliya mengucapkannya dengan nada sebak sebaik saja mengetahui bahawa Erfina mengetahui siapa yang akan menjadi bakal suaminya..
" weyhh Liya sorrylah, jangan lah macam nii... aku bukan tak nak bagitahu kau tapi Raz tak bagi ." Rasa bersalah mula bertandang di hati Erfina.
" kau sanggup dengar kata-kata Raz daripada selamatkan sahabat kau sendiri kan.." Aliya berasa kecil hati dengan sahabatnya itu kerana sanggup merahsiakan perkara ini daripadanya.
" tak bukan macam tuuu, tapi aku takut kalau aku bagitahu , nanti kau akan batalkan perkahwinan  korang pulak. Liya .. niat Raz tu baik.. pada awalnya aku memang terkejut bila dapat tahu dia yang bakal jadi suami kau. aku memang tak setuju. Tapi dia dah jelaskan segalanya dekat aku dan aku tahu dia memang ikhlas terhadap kau Liya.. Aku harap kau dapat maafkan aku dan terima Raz tu sebagai suami kau " Erfina lantas memeluk Aliya untuk menghilangkan resah di hati sahabatnya itu serta sebagai tanda meminta maaf kepada Aliya ... dengan tidak semena-mena air mata Aliya jatuh kerana sedih dia terpaksa berpisah dengan sahabatnya itu.

..........................................................

Majlis Aliya dan Raz telah pun selesai.. Aliya mengambil keputusan untuk membersihkan dirinya setalah seharian melayan tetamu ...
' Apa yang akan jadi dengan kehidupan aku lepas ni ... ' Aliya meluahkan keresahan hatinya ...
sedang Aliya melayan keresahan hatinya tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar..
" Assalamualaikum" Raz memberi salam sebaik saja memasuki kamar pengantin mereka.
" waalaikumsalam" jawab Aliya tanpa menoleh kepada gerangan yg memberi salam.
Razli yg melihat Aliya sedang duduk di birai katil, turut ikut serta duduk di sebelah wanita yg telah sah menjadi isterinya.
" Aliya.. Aa.. Abang nk cakap sikit boleh?" Raz agak kekok membahaskan dirinya sebegitu namun dia memang menginginkan Aliya untuk memanggilnya dengan panggilan abang. Aliya yg mendengar Raz membahaskan dirinya sebagai Abg, mengukir senyum di hatinya.. seraya itu mengangguk tanda membenarkan Raz meneruskan agendanya.
" Liya... abg nak minta maaf sebab tak bagitahu Aliya tentang nii.. Abg tahu Aliya mesti marahkan abangkan ? " Luah Raz.. Aliya yg mendengarkan kata-kata Raz hanya mendiamkan diri.
" Abg tak berniat buat Aliya macam ni, Abg tahu perasaan Aliya terdera kan ... Abg pun sama Liya. Abg tahu tindakan Abg tu salah dan Abg takut untuk hilang Liya. Sebab tu lah Abg terpaksa buat macam ni.." sambung Raz lagi..
" kalau awak takut hilang saya.. Awak tak akan buat saya macam orang bodoh sebulan yg lalu. awak takkan hilang tanpa khabar berita lepastu buat saya seperti orang yang tak punya hati dan perasaan .. lepastu muncul kembali dalam hidup saya dengan keadaan yg macam ni. " Aliya terus melempiaskan rasa hati yg telah ditahannya sejak mengetahui siapa yg menjadi suaminya petang tadi.
" Tak Aliya.... Abg bukan sengaja buat Aliya macam tu.. Abg pun tersiksa Aliya... Abg trpaksa kerana abg rasa berslah sangat dengan liya.. abg rasa diri abg tak layak untuk liya.. tapi Abg sedar yg hati abg dah berpaut pada hati Liya.. sebab tu abang bertindak untuk terus pinang liya tanpa Aliya ketahui. Abg takut kalau Abg bagitahu liya, Liya tak boleh terima Abg .. Maafkan Abg liya " Raz terus menarik tangan Aliya ke dalam genggamannya dan mencium tangan isteri yg baru dinikahinya itu ..
Aliya Yg terkejut dengan tindakan Raz terasa seperti sesuatu panas menyerbu wajahnya .. sedikit sebanyak hatinya terubat dengan penjelasan Raz tadi ..

Raz gelisah kerana Aliya tidak memberi sebarang respon kepada penjelasannya ..
" Aliya rasa terpaksa ke kahwin dengan abg? Aliya tak dapat terima Abg?" Soal Raz tanpa berselindung.
Aliya yg mendengar soalan yg diajukan oleh Raz itu lantas bersuara .
" pada awalnya .. ya memang saya tak rela bila dapat tahu awak yg jadi suami saya... " Aliya berjeda..
" tapi saya tahu, ni semua allah yg tentukan dan saya tahu awak jodoh saya.. dan penjelasan awak tadi sedikit melegakan saya. Untuk pengetahuan awak, saya terima ketentuan Allah bahawa awaklah yang akan membimbing saya untuk menjalani bahtera kehidupan . Maafkan saya kerana merasa tidak redha untuk menjadi isteri awak, tapi semua itu hanyalah keresahan di hati saya apabila mengingatkan perhubungan kita yang telah terputus sebulan yg lalu.. dan tiba-tiba awak dah ada depan mata saya, jadi suami saya tanpa pengetahuan saya.. " Aliya kini berasa tenang dan redha dengan perancangan Allah untuknya.. Raz yang mendengar luahan Aliya lantas menarik Aliya ke dalam pelukkannya seraya bertanya ..
" Sudi tak Aliya terima Abg untuk manjadi imam kepada Aliya dan bakal anak-anak kita?" .. Tindakan spontan Raz itu dibiarkan Aliya walaupun hatinya terasa ingin tercabut dari tempatnya, namun dia berlagak tenang .. Aliya mengangguk terhadap soalan yg ditujukan oleh suaminya itu.. sesungguhnya dia memang sudah menerima Raz di dalam kehidupannya dan turut berasa bersyukur kerana lelaki yg selama ini mempunyai tempat di hatinya kini telah pun sah menjadi suaminya ... ' Bahagianyaa' luah Aliya di dalam hati..

Raz gembira dengan respon yang diberi Aliya seraya itu mencium ubun-ubun isterinya itu ..
" Terima kasih sayang . Aliya panggil abg dengan panggilan 'Abg' eh ? tak mau lah saya-awak lagi , tak sweet" Pinta Raz lalu memusingkan badan aliya untuk berhadapan dengannya...
" Ish mengada-ngada lah awak ni " aliya sedaya upaya menyembunyikan wajahnya yang sudah kemerahan dek kerana malu dengan perlakuan Raz..
" Comel je Liya kalau malu kan hahhaha " Raz bertindak mencuit hidung Aliya sekaligus mengucup pipi isterinya itu
" I love you sayang." ucap Raz ikhlas dan terus memasuki bilik mandi sambil mengukir senyum nakal pada Aliya ..
Aliya seperti terkena renjatan elektrik dek kerana tindakan Raz itu.. dalam pada masa yg sama dia turut senang dengan Raz, lelaki itu sudah berjaya membuatnya jatuh cinta berkali-kali..
' Aliya sayang Abg jugak ' ucap Aliya dalam hati. Aliya bersyukur kerana dia telah dijodohkan dengan insan yang sangat disyanginya sejak bertahun-tahun lalu.. ternyata tidak sia-sia dia menolak cinta dari banyak pihak kerana tidak mampu melupakan Raz.. dan kini, Mohd Razli telah pun menjadi Kekasih Halalnya..

' sesungguhnya , ALLAH adalah sebaik-baik perancang '

- TAMAT -

P/S; maaf kalau cerpen ini tidak berapa menarik. Ditulis mengikut imaginasi saya saja :) maafkan segala kekurangan .

Saturday, December 3, 2016

Prejudis

Bila aku dengar mereka kata,

lelaki semua sama ,
Perempuan semua sama,
aku tergelak besar,
Maaf, itu kebodohan yang sangat abadi.

Jika Ahmad lukakan kau,
itu salah Ahmad,
Bukan jantinanya.

Dan,
jika Minah robek duit kau,
itu salah Mina,
Bukan seluruh jantinanya.

Sebelum berkata, fikir guna kepala.
Bukannya guna emosi semata-mata.

#thefaizibrahim

Kosong

Ada satu masa diri kau akan berasa kosong..
kosong seperti tidak punya hati.
Seakan-akan lupa bagaimana untuk merasai.
itu kerna dirimu sering disakiti.
oleh pendusta yang tak punya hati.

Hidup

Kadangkala kau akan rasa betapa baiknya hidup orang lain berbanding hidup kau sendiri. secara tidak langsung rasa dengki bertamu di hati. Tapi bila fikir di sudut positif, ada yang kau ada tapi orang tak ada. Dan tanpa kau sedari , ada orang yang turut berasa dengki dengan kehidupan yang kau jalani. Pelik , tapi itulah kehidupan yang perlu kau tempuhi setiap hari...

Friday, December 2, 2016

Si Pemendam

Kau orangnya kelihatan mudah.
Apa orang kata, kau mukanya biasa.
Seperti tiada apa-apa.
Seperti tiada apa yang bisa mengguris hatinya kau.
wah, hebat kau ini, aku nyaris ingat kau bukan manusia.

Tapi kau itu bertopeng.
Apa orang kata kau simpan.
cuma kau tidak meluah.
kau hanya tahu simpan dan simpan.

Kau tahu apa buruknya simpan rasa kurang enak pada hati?
Kau akan hilang diri nanti.

Jangan begitu.
Setiap manusia itu Allah jadikannya berfungsi.
Ceritalah pada yang sudi dengar dan kongsi.
InshaaAllah kau akan baik-baik di akhir cerita nanti.

-Rehabilitasi, TheFaizIbrahim

Tuesday, November 29, 2016

SAHABAT

2015 mencipta seribu satu kenangan bersama insan2 yang pernah bergelar sahabat. ya PERNAH. mungkin kehilangan sahabat adalah sesuatu yang lebih menyakitkan berbanding putus cinta HHAHAHA #cliche . tahun ini semua berakhir. sebabnya ? chemistry . daripada 10 berkurang kepada 9 , daripada 9 berpecah . masing-masing membawa diri pada geng asal . rindu ? sememangnya tapi hanya merindui kenangan bukan 'Mereka' . sedih . unexpected. yang pernah makan sepiring , lepak sama2, masak sama2 , study sama2 , pernah berjanji untuk ke menara gading sama2,berjaya sma2 semua sama2 tiba2 jadi stranger, even not so stranger still kawan lagi tapi 'awkward' tu ada . backstabber ? ofcourse ... well said , semua manusia, tak lari dari sifat tidak puas hati rite? satu benda aku belajar dari benda ni, not everyone will stay , even ur closefriend skli pun gonna leave u oneday. Dan kita kena belajar untuk terima dengan hati terbuka dan Redha .

KEBEBASAN

Tidak semua orang di mukabumi ini memiliki kebebasan . kebebasan apa ? kebebasan dari segi kehidupan yang dijalani. Aku sering menjadi seorang pendengki kepada sahabatku sendiri.. kenapa? kerana aku tidak miliki kebebasan yg mereka miliki. Mereka bebas untuk pergi kemana jua tidak kira waktu tapi tidak bermakna their parents tidak ambil berat, they did but not too strict towards their childs. Kadangkalanya aku memberontak kerana itu ini tidak dibenarkan, tapi jauh di sudut hati aku tahu, semua ini aku alami adalah untuk kebaikan diri sendiri. Satu aku impikan, semoga masa hadapan mampu memberikan aku nikmat kebebasan sebenar .