Tuesday, December 15, 2015

Cerpen ; Kasih Abadi

"Aku terima nikahnya Nurul Amira Binti Norman dengan Mas kahwinnya 1500 Ringgit tunaii "
"Sah?"
"Sahhh"
Bergenang air mataku tanda kebahagiaan. Setelah Dua tahun menjalin hubungan cinta dengan Nazim Haikal , kini aku telah sah menjadi isterinya. Aku bersyukur dengan kebahagiaan yang telah Allah kurniakan padaku. Aku mengikuti suami ku untuk menunaikn solat sunat kesyukuran atas pernikahan kami. Selesai solat, upacara membatalkan air wudhuk di jalankan. Haikal kini berada di depan ku, menyarungkan cincin pada jari manis ku, lalu aku mencium tangannya. 'Ahhh, sungguh indah kurniaan mu ya Allah' hatiku berdetik setelah kucupan pertama hinggap di dahi ku. "Kini mira milik abang Selamanya" bisiknya padaku. Dapat kurasakan darah panas menyerbu muka ku. Haikal tersenyum melihatku yang tersipu-sipu malu.
........................................
Setelah tetamu beransur pulang, saat senja telah pun datang, Mira naik ke bilik. Haikal sedang sibuk melayan temannya.Mira me'landing'kan bdannya d ats katil empuk yang akan dkongsikan brsama haikal sebentar nnti Bunyi pintu terkuak mendebarkan Mira. 'Habislah aku' mira berdetik dalam hati yang penuh dengan debaran. "Ehh, isteri abang kat sini rupanya, puas abang cari."
"Mira tengok abg seronok berbual dengan kawan-kawan abg, taknak lah mira ganggu"
Haikal mendekati Mira, Mira semakin resah lalu sebuah kucupan hangat singgah di dahi Mira buat kedua kalinya. "Terima kasih Mira kerana sudi menjadi isteri abg. Abg akan jaga mira sampai akhir hayat abg". Mengalir air suci ke pipi mira tanda bahagia mempunyai suami yang sangat penyayang seperti haikal. "Heii, napa nangis nih " Haikal mengesat air mata mira lalu membawa mira ke tubuh sasanya.
"Mira bersyukur kerana Allah kurniakan abg utk Mira, terima kasih abg" "Dah dah " Haikal membawa  Mira berhadapan dengannya lalu mendekatkan mukanya ke muka Mira. Mira terkaku dengan perbuatan suaminya itu ."Jom mandi ?" Haikal berbisik di telinga Mira dengan nada yang menggoda. Berderau darah Mira mendengar suara suaminya itu lalu ditolaknya tubuh sasa itu. "Gatal lah abg ni"
"Alahh gatal dengan isteri sendiri, tak salah kan?" Ujar Haikal dengan senyuman nakalnya. Mira pantas mengambil tuala lalu masuk ke bilik mandi. "Mira tunggulah abg" laung haikal dari luar. "Mandilah sendiri" teriak Mira.
"Alah tak bestlahh mandi sendiri"
'Mengada' getusnya dalam hati lalu tersenyum bahagia.
........................................
Kini sudah setahun usia pernikahan Amira dan Haikal namun mereka belum dikurniakan zuriat. Haikal dan Mira tetap meniti bahagia walaupun belum mempunyai cahaya mata. "Sayangg dah siap ke" laung Haikal dari bawah. "Kejap, Mira pakai tudung dulu". 'Alahai Mereputlah tunggu perempuan bersiap nih' getusnya dalam hati. Seketika kemudian Mira turun. "Jom abg".
Haikal adalah seorang pilot manakala Mira pula seorang Fashion designer dan mempunyai butik sendiri. Sekiranya Haikal tak fly, Haikal lah yang menghantarnya ke tempat kerja. setibanya mereka di hadapan butik Mira, Mira menyalam tangan Haikal lalu Haikal mengucup dahinya. "Mira pergi dulu abg, nanti pulang jangan lupa jemput Mira tau" .... "ehh, mana boleh lupa dekat isteri abg yg cantik comel ni" hidung Mira dicuitnya. Mira tergelak kecil . "Kita lunch sama nak?" Ajak Mira. "Boleh, nanti abang jemput Mira".. "ok, Mira pergi dulu bang, takecare" Mira mengukir senyuman untuk suaminya. "Takecare too syg" . "Amboii bahagianya Puan Amira kita ni" usik Qistina kawan karib Mira. " kau kalau tak mengusik aku tak sah kan"... "hahahaah, suka lah usik orang tengah bahagia ni" ujar Qistina lalu melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan kawan karibnya itu. Mira hanya memandang dengan wajah sengal. "Tak sangka dah setahun kawan aku ni jadi isteri orang, ye dok?" Mira tertawa kecil "yang kau bila pula nak mendirikan masjid ni, Kalau kau dah kawin tak adala kerja nak usik aku je".. Qistina memandang bosan "Jodoh aku belum sampai nak buat macam mana" Qistina mengeluh sedih. Sayu hati Mira mendengar luahan kawannya itu. Umur mereka sebaya, 25tahun namun Qistina belum ditemukan dengan jodohnya. "Alahh jangan la sedih, Allah akan temukan juga jodoh kau, yang penting jangan putus asa. Dah sambung kerja, jangan nak makan gaji buta " .. Qistina tersenyum mendengar bait bait kata sahabatnya itu , " baik Mrs Nazim Haikal" Qistina mengusik lagi. Amira hanya menggeleng melihat telatah kawan karibnya itu.
..................................
Suatu hari semasa Haikal fly ke London , Mira keluar untuk hilangkan bosan. 'Alangkah seronoknya kalau aku ada anak, taklah bosan macam ni kalau abg Haikal fly' getusnya dalam hati. Mira keluar sendirian ke shopping complex kerana Qistina ada hal di kampung halamannya. Mira singgah ke starbucks untuk membeli coffee, sewaktu sedang berjalan ke meja, dia terlanggar seorang lelaki dan serta merta coffee yg dipegangnya tumpah ke badan lelaki tersebut. Dalam tidak sedar ada sepasang mata yang memerhati situasi tersebut. "Ya Allah , maaf encik saya tak sengaja, maaf" rayu Amira dengan Wajah bersalah. Lelaki itu memandang Mira dan terpaku melihat Mira yang berwajah polos itu. "Encik, encik tak pape ke? Saya betul-betul minta maaf, saya tak sengaja" ... "tak apa dah nasib saya , sy tak apa awak jangan risau" lelaki itu bersuara. "Jom encik kita duduk dekat sana " ujar Mira kerana tidak selesa semua memandang ke arah mereka. "Encik, encik buka lah blazzer tu, biar saya cuci , ni kad saya, esok Encik datanglah butik saya utk ambil blazzer encik balik. .."ehh tak apa lah, sikit je ni, saya tak kesah pun" lelaki tersebut tersenyum melihat tindakan Mira. "Ehh jangan lah macam tu, encik akn tambahkan lagi rasa bersalah saya ni" ... "baiklah kalau macam tu" lelaki itu menyerahkan blazzer nya pada Amira dan saat blazzer itu bertukar tangan, ada yang mengambil gambar mereka berdua. "Saya Qusyairi , blh Pnggil airi je , awak tak payahla ber'encik2 lagi. " ..Mira senyum, "saya Amira" mira memperkenalkan diri. Mereka berdua diam tanpa sepatah kata. Mira yang tak senang dengan renungan Airi terus meminta diri untuk pergi. "Oklah Airi, saya pergi dulu , esok saya pulangkan blazzer awak, datang butik saya. Saya minta maaf sekali lagi atas kecuaian saya" ucap Mira meminta diri. "Okay. Tak apa Mira , small Matter" .
...................................
"Assalamualaikum sayang buat apa tuh?" kedengaran suara Haikal dihujung talian. Amira tersenyum bahagia mendengar suara yang sangat dirinduinya itu. "Waalaikumsalam, tak ada, tengah duduk depan tv je" Jawab Mira. "Abg rindu Mira, tak sabar nak balik " terkedu Mira mendengar ucapan suaminya. "Mira pun rindukan Abg sangat, abg dah makan?" "Dah sayang, abg rindu air tangan Mira , nanti abg balik, Mira masak untuk Abg ya ?" Tersenyum Mira mendengar kata2 suaminya. "Mestilah, itukan dah jadi tanggungjawab Mira sebagai Isteri Abg"
"Beruntung Abg dapat Mira" Haikal tersenyum bahagia. "Mira pun. Oklah Abg rehatlah mesti Abg penatkan. Mira nantikan kepulangan abg lagi 3hari"
"Ye lah sayang . Sayang pun rehat lah, dah malam ni. Goodnight sayang, love you. Assalamualaikum" Amira membalas kata suaminya lalu mematikan talian. Sunyi malamnya tanpa suaminya di sisi. Tapi dia redha dengan tugas suaminya.
.....................................
Seawal jam 7pagi , Mira dah tertonggok di Butik, dia menunggu lelaki yang malang kemarin itu datang untuk dia mengembalikan blazzer kepunyaan lelaki itu yang telah dikotorkannya. "Haipp apa Mimpi Mrs Haikal kita ni datang awal?" Ujar Qistina dengan nada terkejut sebaik saja melihat Mira yang terdahulu sampai darinya. "Kau jangan nak perli bagai lah, ni aku nak temukan kau dengan jodoh kau ni" Qistina menarik muka masam , Amira tergelak dek melihat Qistina dengan muncung itiknya. 'Ambik kau kena sebiji , asik aku je yang kena, sekarang ni turn kau la pula' getus Amira dalam hati seiring dengan senyuman nakalnya.
...............................
'Hari ni aku nak ambil blazzer aku dekat butik Mira' detik hati Airi keriangan. Selepas saja pertemuannya yang tak diduga dengan Gadis yang menumpahkan coffee pada blazzernya, dia dapat merasakn satu perasaan aneh pada hatinya. 'Ahh baik aku jumpa dia ' pantas Airi bergerak dari office nya menuju butik Mira. ..... "Hai, ini butik Cik Mira ke?" Qistina seakan akan melihat bidadari syurga apabila dia mendongakkan kepala melihat pada empunya suara. "Excuse me, miss? Miss?" Tegur airi sambil melambai-lambaikan tangannya dihadapan Qistina. Qistina tersedar dari lamunannya lalu terpinga-pinga menjwab soaln lelaki asing tadi. "Aa aaa, iy.. iya ini butik Puan Amira" jawab Qis tergagap-gagap. Tiba2 tersentap Airi mendengar Kata kata wanita di hadapannya. 'Puan? Dia dah kahwin ke? Melepaslah aku ' suara hati Airi meluahkan rasa kecewa. "Ehhh Airi, bila sampai? Dah lama dah?" Terkejut Amira melihat Airi. "Aahh .. aa tak lahh baru je" jawab Airi. Pelik Amira melihat Airi dan Qistina berdiam. Dia mengerling jam ditangannya, sudah waktu lunch. "Ehh jomla lunch kalau tak keberatan?" Ajak Amira. "Boleh juga saya ok je." Qistina membisu. "Qis Jom? " amira mengajak Qistina yang dari tadi membisu. "Ehh tak apalah, korang pergilah " Qistina menolak. "Ehh jomla , kau kena ikut " amira menarik tangan Qistina, Qistina terpaksa Akur.
..........................
Sehari sebelum Haikal balik Malaysia dia menerima mesej dari Maya iaitu stewardess yg pernah tergila2 kannya sebelum dia berkahwin dengan Amira. Alangkah terkejutnya Haikal sebaik saja Melihat apa yang Maya hantarkan padanya. Sungguh hatinya diserang perasaan amarah, sehingga dia taksabar nak balik Malaysia. 'Betul ka Mira buat ni....' hatinya pilu melihat apa yang dihantar Maya padanya. Hatinya tak tenang pantas dia menghubungi Maya meminta penjelasan tentang apa yang dilihatnya. "Apakau hantar dekat aku ni ah?!" ... "ehh,ehh apa u ni marah2, rileksla" ... "aku tak boleh relaks lagi , baik kau cakap sekarang !" Bentak Haikal dihujung talian. " Apa yg perlu i cakap lagi? U dah nampak kn siapa dekat dalam gambar tu? Apa u nak tau lg?" Jawab Maya kegembiraan. "Baik kau cakap siapa edit gambar nih? Kau jangan nak berani2 fitnah isteri aku! Dia isteri aku, aku kenal dia!" Marah Haikal. "Ehh, i takda masa lah nak upah orang utk edit gambar isteri you. Ni i ambil sendiri k i nampak dia dekat starbucks minum dengan lelaki lain, mesra pulak tu. Kesian u kan, dapat isteri curang dekat belakang u. Rasanya dia ketandusan kasih sayang lelaki lah kot. Dah laki dia asyik fly, tak reti duk rumah. " fitnah Maya jahat. Dia memang nak musnahkan rumah tangga Haikal sebab dia nakkan Haikal. Panas telinga Haikal mendengar kutukan Maya pada isterinya lalu dimatikan talian dengan segera. "Haahahaahaha padan muka kau Amira, kau tak tu tak layak jadi isteri Haikal. Aku yang sepatutnya jadi isteri dia" Maya ketawa puas.
.......................................
'Hari ni abg Haikal pulang, baik aku pergi jemput dia kat aiport' detik hati Amira keriangan apabila mengingatkn Haikal pulang harini. "Qis aku balik awal erk? Aku nak jemput Haikal, dia balik harini. " Beritahu Mira pada Qistina. "Amboii encik suami dah balik ya. Iyalah kau jaga diri" Qistina gmbira Melihat rakan karibnya bahagia.
......................................
Haikal pulang dengan rasa kecewa, dia benar-benar tak sangka sampai macam tu sekali isterinya melukainya. Dia bingung sama ada hendak percaya atau tidak kata2 Maya. Tapi gambar tersebut cukup untuk membuktikan kata2 Maya. 'Ya Allah dugaan apakah ini' haikal mengeluh kepiluan. "Assalamualaikum abang" Amira mencium tangan Haikal . Haikal terkejut Haikal melihat kehadiran isterinya. Tiba2 dia teringat apa yang Maya hantar padanya. Sungguh dia rindukan isterinya, ingin saja dipeluk isterinya tapi amarah nya menghalang. Lantas dia tarik tangannya dari genggaman isterinya lalu meninggalkn isterinya terpinga2. Semasa dalam perjalan balik ke rumah, dia hanya berdiam diri tanpa menjwb sepatahpun pertanyaan isterinya. Sungguh dia merasa dikhianati. Amira terkedu dengan sikap dingin suaminya pada dirinya. Dia terasa hati dengan perbuatan suami nya. Bila ditanya kenapa suami nya membisukan diri. "Abang jom tidur" ajak Mira yang duduk di sisi suaminya. "Mira tidurlah dulu abg tak ngantuk lagi" hampa hati Mira ajakannya ditolak. "Abg ada masalah ke, kalau ada cerita la dengan Mira mana tahu Mira dapat bantu." Pujuk Mira. Haikal terus mendiamkan diri. Sikap dingin Haikal membuat Mira terasa hati.
...........................
Seminggu telah berlalu , bermakna seminggu jugaklah rumah tangga Haikal dan Amira menjadi dingin. Sungguh amira buntu dengan sikap suaminya yang semakin menjauhkan diri darinya. 'Mira rindukan abg' hatinya meronta saat dia melihat suaminya tidur membelakanginya. Terluka hatinya apabila kehadirannya seperti tidak Wujud pada suaminya. .........
Saat Malam menjelang, dia memasak masakan kegemaran suaminya. Setelah menyediakan semuanya, dia menanti Haikal pulang dengan harapan yang tinggi. Dia ingin membaiki hubungan dingin diantara mereka. Penantiannya seperti sia-sia. Dia terlelap di sofa dan Haikal pulang lewat malam. Saat haikal melihat Amira terlelap di sofa, sayu hatinya. Ingin saja dia mengangkat Isterinya itu dan membawanya kebilik. Tapi dia tak mampu. Ego mengusai dirinya. Dia terlihat meja makan yang telah siap terhidang lauk kegemarannya, namun dia ingin menunjukkan betapa sakit hatinya dikhianati isteri sendiri. Dia ingin isterinya sedar akan perbuatannya. Akhirnya, dia naik kebilik tanpa menyentuh masakkan isterinya.... 'Astaghfirullah,macam mana aku boleh tertidur di sofa ni? Haikal tak balik ke semalam?' Amira bangun lalu menjenguk tingkap. 'Dia balik jam berapa? Tak kejut aku pun..' kecewa Amira dengan tindakan suaminya. 'Makanan pun tak berusik.. dia dah tak sayang aku lagi ke? Ke dia dah jumpa pengganti aku' detik hati Mira. Menitis Air matanya mengenangkan sikap Haikal  yang seperti sudah tidak menyayangi dirinya.
.....................................
Di butik Mira . "Kau kenapa Mira? Seminggu ni aku tengok kau semacam je. Kau gaduh ngan Haikal ke? " teka Qistina. Amira melepaskan nafas berat yang menyesak dada. "Entahlah qis, Haikal dah tak pedulikan aku sejak kepulangan dia dari London haritu " luah Amira dengan nada kcewa. "Aik, kenapa? Kau ada buat salah ke dekat dia? Kenapa dia buat macam tu sekali. Mesti ada yg tak kena, cuba kau bawa dia duduk berbincang. " ujar Qis kehairanan "Aku dah tanya tapi dia diam lepastu buat aku mcm tak wujud dalam rumah tu. Aku pun ada perasaan juga. Kalau ya pun aku buat salah, bagitahu la blh aku perbaiki. Ini diam kn je kesalahan aku tu " adu Mira pada kawan karibnya. Terkedu Qis mendengar luahan Amira. "Takpe, kau pujuklah dia mungkin dia merajuk dekat kau kot. Dia tu suami kau dn kau isteri dia. Perkahwinan korang pun bukan baru lagi. Aku ni nak bagi advice lebih2 tak mampu sebab aku bujang lagi " nasihat Qis. "Hmm thanks qis. Lega juga la aku luah dekat kau dah seminggu aku pendam. Insyaallah aku cuba, kau doakn kebahagiaan aku erk? Kau pun janganla putus asa, aku percaya jodoh kau dah dekat" luah Amira. Qistina hanya mampu mengukir sebaris senyuman mendengarkan kata2 kawan nya itu.
................................................ "Mira, abg rindu mira, betul ke Miara khianat cinta abg?" Haikal berkata2 sendiri saat menatap gambar yg membuktikan Amira curang padanya .....
'Hari ni aku mesti cari punca suami aku bersikap dingin macam ni. Aku sayang rumah tangga aku.' Bisik hati Mira. Mira pulang dengan rasa semangat. Semangat untuk selesaikan masalah rumah tangganya. Setibanya dirumah dia mencari kelibat suaminya tapi tidak kelihatan. 'Dibilik kot' amira meneka lalu memanjat anak tangga untuk kebilik tidur. Amira memulas tombol pintu perlahan, dia melihat ada susuk tubuh yang sedang duduk dibirai katil dengan membelakanginya. Dia perhati tubuh suaminya tanpa suara, 'sungguh Mira rindu abg' terasa air hangat mengalir dipipinya pantas dia seka. "Abang?" Haikal yang termenung menghadap telefon tiba2 tersedar cepat2 mematikan Screen telefonnya. Amira mendekati Haikal lalu duduk disebelah Haikal. "Abang Mira nak cakap ni " Haikal mendiamkan diri hanya anggukkan yg diberi pada Amira. "Mira ada buat ke bang? Kenapa Mira rasa abg menjauh dari Mira" soal mira dengan nada sebak. Sungguh Haikal tidak dapat menatap wajah sayu itu. Ingin saja dia memeluk isterinya namun ego tetap menghalang dia daripada berbuat demikian. "Abg nak mandi, Nak solat " ucap Haikal lalu meninggalkan Mira dan menuju ke bilik air. Dia tak mampu melihat wajah yang dirindukannya itu mengeluarkan mata di hadapannya, dia tak kuat. Amira terkedu dengan tindakan suaminya. 'Sebenci itukah Haikal membenciku' bisik suara hatinya. Air matanya terus mengalir saat melihat suaminya yang semakin jauh darinya. Tiba2 dia terlihat telefon milik suaminya yang berada di meja yang bersebelahan dengannya. Terdetik di hatinya untuk melihat apa yg ada di telefon suaminya itu. 'Astaghfirullahalhazim' Amira menekup mulutnya sebaik saja melihat gambar yg tertera di telefon milik suaminya. 'Inikah yg membuat suamiku menjauh? Allahu, aku kena jelaskan apa yg berlaku, aku kena bela diri. Dia dah salah sangka.' Amira berkata2. Sungguh dia kecewa dengan sikap Suaminya yg menghukum dirinya tanpa mendengar sebarang penjelasan. Haikal yang telah siap mandi keluar dari bilik mandi lalu menuju ke arah almari baju. "Inikah yang mrmbuatkan Abg bersikap dingin dengan Mira?" Soal Mira sambil menunjukkan gambar tersebut pada suaminya. Haikal terdiam, malas dia nak berbalah sama isterinya lalu "abang nak solat" haikal telahpun siap berbaju dan membentangkan sejadah. "Tapi semua ni bukan seperti yg abg sangka bang. Tolongla jangan hukum Mira tanpa mendengar penjelasan Mira.. sampai hati abg"luah mira apabila suaminya buat endah tak endah pertanyaannya. Saat suaminya mengangkat takbir dia berlalu kebilik air dan meluahkan segala yang terbuku dihatinya, dia menangis sepuas2 nya . 'Ya allah siapakah yang begitu kejam yg ingin merosakkan rumah tanggaku. kau tabahkan lah hatiku Ya allah' rintih Amira dalam hati. Sukar untuk dia terima sikap suaminya yg seperti tidak mempercayakn dia. Sudah 2jam Amira tak keluar dari Bilik mandi, Haikal berasa risau. "Amira kenapa lama sangat dalam bilik air?" Laung Haikal dari luar ... tapi sunyi tiada jawapan. Haikal mula risau lalu dia buka pintu bilik mandi, Mujur pintu tak berkunci.....
Alangkah terkejutnya haikal apabila melihat Amira yang terduduk dalam keadaan basah kuyup dek kerana disirami 'shower'. "Miraa! Apa mira buat ni " Mira yang kelihatan lemah tidak memberi sebarang reaksi. Haikal yang mula cemas lekas mendukung Mira keluar dan meletakan Mira diatas katil lalu haikal menukar baju Mira yang lecun dek siraman 'shower'. Selesai menukarkan baju Amira, dia mengambil kain basah lalu diletakkan didahi Mira. Badan Mira panas tapi dia kesejukkan. 'Ya allah aku berdosa padamu. Aku menghukum isteriku' keluh Haikal setelah melihat Mira jatuh sakit kerana dia. 'Maafkan abg Mira' luluh hatinya melihat wajah polos itu begitu pucat. Dek kerana ego Haikal, Amira tersiksa. Haikal kesal dengan perbuatannya. Amira hanya melelapkan mata kerana dia tidak sanggup menangis dihadapan suaminya, dia kecewa kerana Haikal lebih percaya orang luar daripada isterinya sendiri. Haikal yang begitu kesal dengan perbuatannya membaringkan dirinya disebelah Mira. Haikal yang begitu rasa bersalah atas perbuatannya memalingkan tubuhnya daripada Mira . 'Maafkan Abg Mira, kerana ego abg Mira tersiksa' .                          
................................
Haikal tersedar dari tidurnya dan melihat Amira suda tiada disisinya. Dia terus bangun dan turun ke bawah mencari Mira. Tiba2 dia Terlihat sticky notes yg terlekat di peti sejuk. Haikal membaca catatan itu. :  'Mira pergi Butik' . 'Haihlaa Mira ni dah tak sihat pun pergi butik, suka buat Abg risau. Abg taula Mira terluka dengan sikap abg, tapi janganlah siksa diri Mira...' Haikal bermonolog sendiri.
................................
Amira yang tidak berapa sihat memaksa dirinya ke butik kerana hatinya begitu terasa dengan sikap suaminya. "Mira kau ok ke? Pucat je aku tengok kau ni. " soal Qistina yg risau melihat keadaan Mira. "Aku dah tahu kenapa Haikal bersikap dingin " luah Mira dengan sayu. "Haa kenapa?" Qistina tertanya2 lalu Mira ceritakan segalanya. " sampai hati Haikal buat macam tu dekat kau. Kiranya dia lebih percaya orang luar daripada isteri dia lah kan." Amira hanya diam mendengar kenyataan Qistina.
.................................. 'Sah lah aku melepas, rupanya Amira dah kahwin' getus hati Airi kecewa apabila mengenangkan pertemuan kali keduanya bersama Amira dan rakannya. 'Ehh tapi takpa Kawan Amira tu kan single lg, baik, cantik pulak tuh' terdetik di hati Airi lantas dia mengukir sebaris senyuman apabila mengingatkan Qistina kawan karib kepada Nurul Amira. 'New mission' Airi tersenyum senang . ............................
Amira terlalu lemah badannya panas, Qistina membuat keputusan utk menghubungi Haikal agar Haikal membawanya ke klinik....
Sebaik saja menerima panggilan daripada Qistina, Haikal terus bergegas ke Butik untuk menjemput Amira. Haikal membawa Amira ke klinik sebelum membawanya pulang ke rumah. Sebaik sampai dirumah, Haikal membawa Amira ke bilik dan menyuruh Mira berehat dahulu sementara Haikal membuatkan bubur untuknya. "Sayang, bangun syg makan bubur ni" Haikal membangunkan Mira yg terlelap, Mira bangun dan menyandarkan dirinya pada katil. Haikal menyuapkan sedikit demi sedikit bubur ke dalam mulut Mira, Mira hanya mengikut dan tidak membantah. Selesai makan bubur, Haikal menghulurkan ubat pada Mira serta meletakkan kain basah pada dahi Mira agar panas badan Mira surut. Haikal yg ingin beredar untuk mengemaskan bekas bubur dihalang oleh Mira, Mira menarik lengan Haikal "Mira tak buat abg, itu bukan yg seperti abg sangkakan, percayalah Mira Abang" jelas Mira dengan suara sayu pada Haikal. Haikal yg masih belum menoleh ke arah Mira terkedu dengan penjelasan Mira. Haikal yg masih tidak menoleh ditarik utk duduk disebelah Mira. "Bagi Mira cerita dekat abg apa yg berlaku sebenarnya. Haikal hanya diam memandang Amira menandakan dia akan mendengar semua penjelasan dari Amira. "Masa tu Mira pergi shopping complex, Mira janji dengan Qis, tapi Qis kena balik kampung, Mira pergi sendiri. Masa Mira pergi beli coffee, Mira terlanggar lelaki yg Abg lihat dlm gambar tu. Dengan tidak Mira sengajakan coffee yg Mira pegang tumpah atas blazzer lelaki tu. Itu je Abg, takde yg lain" jelas Mira ... "Mira kenal dia?" Haikal yg tadi hanya membisu, membuka mulutnya untuk bertanya. "Mira kenal dia pun pada hari yg sama, Mira minta dia bagi blazzer dia yg Mira sudah kotorkan, Mira nak cuci sebab masa tu Mira rasa bersalah sangat. Lepastu Mira suruh dia ambil blazzer dia dekat butik Mira, itulah terakhir Mira jumpa dia " Mira menjawab tanpa ragu. "Maafkan Abg Mira kerana ego abg Mira jadi macam ni. Abg tak tanya pada isteri Abg dulu tapi terus percaya cakap orang luar. Abang rasa bersalah sangat dekat Mira" Haikal begitu kesal dengan apa yg dia lakukan lepas mendengar penjelasan dari Amira... "siapa yg hantar gambar tu dekat Abg, dia saja nak merosakkan rumah tangga kita, abg janganlah percaya dia lagi, Mira tak nak gara2 fitnah dia rumah tangga yg telah kita bina hancur begitu saja. Abang tk sayang Mira ke?..... "Mira tak perlu lah tau siapa tapi abg pasti akan ajar dia. Abang tau abang salah. Suami manalah tak sayang isteri comel macam ni" Haikal mencuit hidung Mira, Mira tergelak kecil lalu memeluk suaminya yg sangat dia rindui itu. "Mira rindu Abg, janganlah buat macam tu lagi" luah Mira dalam pelukan Haikal. Haikal mengucup dahi Amira lama kerana terlalu rindu dengan isterinya lalu menjawab soalan Amira, " Abg tersiksa tau tak sebab rindu Mira, sedikit sebanyak Mira telah hancurkan ego dalam diri abg ni" Mira hanya diam kerana berasa sangat selamat dipelukkan suaminya ketika itu. "Mira sayang Abang, Abg jgn buat macam tu dekat Mira lagi erk?" ..... "iya sayang , maafkan abg ya?" Mira mengangguk.
................................
Suasana di Butik riuh kembali, Qistina senang melihat Amira yg Kembali ceria seperti dulu "Amboi bahagianye Puan Amira kita ni" usik Qistina yg sememangnya pengusik berjaya, kahkahkah. "Ehh Gile kau tak bahagia, mestilah aku dan Haikal dah ok" ujar Amira dengan senyuman yg begitu lebar sekali. "Biasalah tu Asam garam berumah tangga kata orang tua2, gaduh2 tu menambahkan sayang lagi tau" .... "hahaha yelah nampaknya org bujang lagi tau dari yg dah berkahwin kan" gelak Amira Selepas mendengar kata2 Qistina. "Hek eleh kau ni, asyik2 nak perli aku je" Qistina menarik muka masam. "Mana ada perli, betul apa kata aku." *Suasana senyap semula* ... "ehh kau usha lah si Qusyairi tu manatahu dia jodohkau" Mira menyampaikan dengan senyuman nakalnya.. " kau dah kenapa suruh kawan kau ni usha dia? Dah desprate sangat ke nak carikan aku laki? Kalau ya pun, kau lah yg suruh dia Usha aku, adakah patut suruh aku pula yg usha dia. Tu perigi cari timba namanya. Sewel" .... "ha'ah laa kan. Oke nanti aku suruh dia usha2 kau, kau jangan nak menjual mahal pulak yer, kalau mahal sikit2 tu boleh la." ... "mak aii dia ni, aku main2 dia serious pula, kau jangan nak macam2 ehhh" Qistina memberi amaran pada Mira. "Kau diam je lah nanti aku uruskan. Kau tinggal tunggu rombongan datang je." Qistina yg mendengar kata2 Amira Tergelak kecil. 'Macam2 je lah kawan aku sorang ni' gembira dia melihat wajah Amira yang kembali ceria itu.                              
............................. "Hai sayang" Haikal memeluk pinggang isterinya dari belakang semasa isteri nya sedang memasak. "Iya abg, Mira masak ni, Abg tengok Tv dulu ya, nanti dah siap Mira panggil Abg ok?" ... "Abg ada nak cakap ni syg .." ... "Tunggu Mira habis masak,pastu kita makan . Lepas makan abg ckap ya?"... "yalah syg, masak sedap2 tau. Syg isteri Abg ni" Haikal mencium pipi Amira lalu menuju ke ruang tamu. 'Macam2 je lah suami aku ni' Amira meneruskan kerjanya.....
"Abg, dah siap ni jom makan?" Laung Amira memanggil suaminya.
Panggilan Mira tak berjawab lalu Amira menjenguk Suaminya di ruangtamu. 'Laa tidur rupanya suami aku ni' Amira melihat suaminya yg terlelap di sofa. Amira bertindak mengejutkan suami nya dengan memberi ciuman di pipi kanan suaminya lalu berbisik d telinga suaminya, "abg bangunlah, makan." Haikal tersedar dari lena nya. "Sorry sayang abg tertidur. Jom kita makan"..."abg cuci muka dulu pastu baru makan"pinta Amira. Haikal bangun terus mencium pipi isterinya "nakal isteri Abg ni" sambil mengukir senyum. Amira hanya tergelak kecil dengan perbuatan suaminya........
Selesai makan Mira mengemaskan meja dan membasuh pinggan, Haikal mengikuti langkah Amira menuju ke dapur. "Sayang, Abg ingat Abg nak bawa syg holiday lah Syg nk tak?" Soal Haikal pada Amira yg sedang leka membasuh pinggn.... "holiday? Dekat mana? Ok juga, lagipun dah lama kita tak spend time together kan" jawab Mira yang masih membasuh pinggan..."Kalau Mira ok, Abg nak holiday di Pulau Langkawi jek"... "Wahh, ok juga kita tak pernah ke sana lagikan, Bila kita nk pergi?..."Amboii laju je dia ni kalau pasal holiday. Minggu depan ok? Abg nak Apply  cuti dulu. Kita Holiday selama seminggu, ok?" .... "ok . Mira ikut je. Nanti Mira bagitau  Qistina"
.....................................
"Qis ohhh Qistinaaaaa"...."kau dah kenape? Tak reti bagi salam eh?" Geram Qistina melihat Amira terpekik terlolong memanggil namanya. "Alahh janganla marah kau ni rosak mood aku je, kau ABC ehh?" Teka Amira yg melihat Qistina menarik muka masam.."kau nak apa ni aku ada kerja ni" jawab Qistina selamba. " ni aku nak ambil cuti seminggu kau ok ke jaga butik Sorang?" .... "lamanya, kau nak pergi mana?" Tanya Qistina terkejut. "Aku nak pi Holiday, Haikal ajak semalam. Ok ke tak urus sorang?" ...."hemm untungla orang tuh Holiday. Ok je lah, aku faham. Kau dah lupa ke masa kau pergi honeymoon haritu aku jaga butik sorang jugak. Kalau tak ok pun kenapa? Kau nak tutup Butik ni?"..."takdelah sampai nak tutup, aku ingat aku nak minta Adik aku temankan kau. Dia pun sekarang tak ada buat apa2 lepas balik dari australia. Daripada dia goyang kaki duk rumah mama aku tu, baik dia teman kau kn?" ... "ok juga, tapi nak ke dia?"... "dia ikut je tu, nanti aku tanya. Kalau jadi dia temankan kau, kau ajar lah dia apa yg patut erk?" ... "okay jer" ... "ini yang aku sayang kawan aku ni"ujar Amira... "eleh, asal aku tolong je kau sayang, kalau tak, haram nak dengar Perkataan sayang tu dari mulut kau kan. Perli adalah" nada suara Qis yg sedikit merajuk...." Alolo yelah2 aku minta maaf, nanti aku belikan kau ole2 dari langkawi eh jangan lah merajuk, kalau bukan kau siapa lg yang nk tolong aku. Kau je satu2 nya kawan aku." Pujuk Amira..."pandai kau bodek aku kan" ucap Qis selamba, Amira hanya tersengih.
........................................
"Abang dah telefon mummy Bagitahu kita nak pergi holiday? Tanya Amira pda Haikal. "Dah baru je tadi. Sayang pulak dah call mama?" ... "Baguslah. Belum lagi,Mira ingat Mira nak pergi rumah Mama esok, boleh x bang?Lagipun Mira nak jumpa Adik, nak minta tolong dia teman Qistina di Butik."..."ok juga, sayang call dorang maklumkn kita datang esok, takut dorang ada plan lain pulak".
........................................... Dirumah Puan Ruzana dan Encik Norman... "Assalamualaikum"Mira memberi salam ... "waalaikumsalam, ehh kak, abang jomla masuk" ajak Mimi adik Bongsu Amira. "Mama,papa mana dik? "..."mama ada kat dapur tengah masak, papa dekat laman belakang kot" jawab Mimi. "Mimi buat apa sekarang?"tanya Haikal slepas Amira meninggalkan mereka menuju ke dapur. "Duduk rumah je mimi sekarang bang, belum terima apa2 panggilan kerja lagi."... "kenapa tak kerja dekat syarikat Papa je? Kan senang." ...."Mimi nak cari pengalaman di syarikat orang dulu hehe, kalau tak ada panggilan juga, Mimi kerjala dekat syarikat Papa" jawab Mimi. "Eloklah tu Mi, cari pengalaman sikitkan" Mimi mengangguk mendengar kata2 Abg iparnya.
...............................
"Mamaa!!" Laung Mira melihat mama nya sedang masak. "Ohh Pocot mak engkau" latah Puan Ruzana, tergelak Mira melihat telatah mama nya yg terkejut itu.. " budak ni... tak reti bagi salam ke Nurul Amiraaaa" geram Puan Ruzana. "Dahla, mama yg tak dengar salahkan Mira pulak. Mama masak apa tu?"..."Mama masak Gulai Ikan je, korang baru sampai ke? Makan dekat sini lah, mama dah masak ni." ... " Ha'ah baru juga Ma, ok juga. lagipun Mira dah lama tak rasa air tangan Mama Mira nih" Menggeleng Puan Ruzana melihat telatah Anak ketiga nya itu. "Haikal mana Mira?" Tanya puan Ruzana..."Ada sini Maa" jawab Haikal yang tiba2 muncul disebelah Mira. "Papa mana Maa?" Tanya Haikal. "Ada kat belakang tu, sibuk uruskan Tanaman dia" jawab Puan Ruzana yang sedang menuang Lauk ke tempat disediakan dibantu oleh Mira.."Abang pergila panggil papa, Kita makan sekali" pinta Amira. ...........................
Seusai Makan, semua berkumpul diruang tamu. "Paa,Maa, Minggu depan Haikal dengan Mira nak pergi Holiday, kitaorang pergi seminggu"beritahu Haikal. "Kamu holiday dekat Mana? Tak nak ajak papa dengan mama sekali ke?" Usik Puan Ruzana. "Hish Awak ni, biarlah dorang luangkan masa berdua, nak ganggu buat apa" tegur EncikNorman. "kami holiday dekat Pulau Langkawi je maa. Hehe nanti Lain kali kita pergi reramai lah pulak yer. Biar Haikal dengan Mira tengok2 tempat tu dulu." Puan Ruzana dan En.Norman mengangguk setuju. "Ni paa, maa Mira nak pinjam adik boleh tak?" ...
"Kenapa kak?" Tanya Mimi. "Kakak nak minta tolong Adik jagakan butik Kakak selama kakak di Langkawi boleh?"..."Tapi adik mana tahu apa nak buat kak?".. "tak apa, Ada kak Qistina, tapi dia sorang je tu yg kakak minta tolg adik teman kn dia. Nanti dia ajarlah adik apa nak buat. Boleh?" .. "Mimi ok je kak, tanya papa mama tuu".. "boleh ke pa ,ma?." ... " papa, mama ok je, lagipun si Mimi ni goyang kaki je kerjanya dekat rumah, eloklah tu dia temankan Qistina Jaga butik" Mama turut mengangguk.
.............................
Semasa di Pulau Langkawi, Amira dan Haikal menginap di sebuah resort iaitu Langkawi Resort. Disana mereka menikmati percutiaan sepuas-puasnya. Sungguh tenang dan cantik suasana serta pemandangannya..... Haikal menggenggam tangan Amira sambil berjalan ditepi pantai yang berada di resort itu. "Tenangnya suasana dekat sini bang, Mira suka" Amira memecah keheningan desiran ombak. "Ha'ah , nanti boleh la kita bawa mama, papa, mummy, daddy and 'cucu' mereka datang sini" Haikal menekan perkataan Cucu itu. "Cucu? Cucu mana, Abangkan anak sulung dan baru Abg sorang yang dah kahwin.Mira pula ada abang tapi tu pun belum kahwin juga"ujar Mira kebingungan. Haikal tergelak melihat isterinya yang agak 'slow pick up' itu. "Sayang ni, buat2 tak faham ke atau memang tak faham. Kita lah yg bagi dorang cucu hishh syg ni" ...."ohhhhhhhhhhhhhh" panjang oh Mira mendengarkan kata2 suaminya itu. Haikal memeluk bahu Amira lalu berkata "Boleh ke?" Tanya Haikal. Mira tersenyum mendengar soalan suaminya itu. "Insyaallah boleh kalau ada rezeki" ...."pasti ada. Kita kenalah merancang dan usaha kan, biar Allah yg tentukan" ucap Haikal dengan tenang. Dia berharap agar tahun ni dia dapat dikurniakan  zuriat bersama Amira. " Abang nak anak berapa" soal Mira sambil mengangkat2 kening kanan nya. "Emmm... nak banyak supaya dapat bentuk 1team bola. Boleh?" ... "Mak aii banyak tu , Matila Mira. Maaaa tolong Mira, lariiii" Mira lari dari Haikal, pantas Haikal mengejar Mira. "Miraa! Tunggula Abg !!" Jerit Haikal mengejar Mira yg kian jauh darinya.
........................................
Qusyairi yg ingin berjumpa dengan Amira untuk bertanyakan tentang Qistina datang ke Butik Amira. "Hai, Puan Amira ada?" Tanya Airi pada seorang gadis dalam butik tu tapi gadis itu bukan Qistina. "Dia tak ada, cuti seminggu. Saya Mimi adik dia" jawab Mimi pada seorang pemuda yg tidak dikenalinya. Qistina yg mendengar suara yg seperti dikenalinya keluar daripada bilik Amira."ehh Airi. Awak buat apa dekat sini?" Qistina melihat Airi bersama mimi. "Dia cari kak Mira kak" jelas Mimi ... "ohh Mira, dia cuti seminggu. Ada apa? Boleh sy bantu?" Tanya Qistina pd Airi. "Dia kemana Qis?" Tanya Airi.."dia pergi Holiday dengan suami dia" jawab Qistina. "Ohh tak apalah, kalau dia balik minta dia hubungi sy ya?"pinta Airi. 'Cantik juga Qis ni' tiba2 jantung Airi berdegup laju.. "okay nanti sy bgitahu dia" ujar Qis berasa tidak selesa ditenung oleh Airi. Airi yg tersedar dari merenung Qistina terus berlalu pergi... Mimi yg tertanya2 dari tadi terus bersuara, "siapa tu kak Qis?" Tanya Mimi. "Kawan kak Mira, haritu Kak Mira tk sengaja tertumpahkan Coffee pada blazzer dia. Sekarang ni kak xtau lah pula kenapa dia nk jumpa Amira." Jawab Qistina. "Dia tahu ke yg kak Mira dah kahwin" tanya Mimi dengan kerisauan. "Tahu. Mungkin ada hal nk bincang kot. Kita fikir positif je lah Mimi." Tenang Qistina menjawab kerana dia tak rasa Airi tu jahat. Mesti ada hal nak jumpa Mira tu.
...........................................
Haikal yg menunggu Amira habis mandi, menonton Tv sambil baring di katil.. tiba2 telefon Mira berdering tanda mesej masuk. Haikal mencapai telefon Amira 'manatahu mesej penting' detik hati haikal lantas membuka peti mesej Amira. 'Airi datang butik tadi cari kau'. Haikal membaca mesej daripada Qistina. 'Airi? Siapa dia. Tengok nama, Airi tu lelaki, kenapa dia cari Mira' hati Haikal curiga. 'Ahh mungkin customer dia kot' Haikal berfikir positif. Haikal meletakkan telefon Amira ke Tempat asalnya serta menekan 'mark as unread' pada mesej yg dihantar Qistina tadi.
.........................................
"Sayang, kita tidur rumah mummy sebelum balik rumah boleh?" Tanya Haikal setibanya mereka di Airport menunggu ketibaan Hafiz adik Haikal untuk menjemput mereka. "Boleh juga, Mira pun dah lama tk jumpa mummy" tanda Mira setuju.
...................................
"Wahh pengantin baru dah balik Holiday" usik Puan Hamsiah, mummy Haikal. "Ishh mummy ni suka sangat usik Haikal tau, tu Hafiz tu, suruhla kawin boleh mama usik dia jugak, taklah bosan asyik usik Haikal ngn Mira je" ketawa puan Hamsiah mendengar luahan Anak sulungnya itu. "Dah2 jom makan, daddy dah lapar nih asyik tengok dorang usik mengusik je" luah Encik othman daddy Haikal yg dari tadi membaca surat khabar di sofa. "Haa eloklah tu, jom Mira tolong mummy siapkan makanan didapur " ajak Puan Hamsiah, Mira menurut... "Mira dengan Haikal tidurlah sini teman mama, tak lah sunyi rumah ni kalau korang ada" Puan Hamsiah memecah keheningan. "Ha'ah mummy, kitaorang nak tidur sini sehari " beritahu Amira. "Laaa sehari je, lama lah sikit."... "Abg Haikal kata lusa dia Fly ke sabah, tu yg tak dapat nak lama2 tidur rumah mummy." Maklum Mira pada Mak Mertuanya. "Yelah kalau macam tu, pergi panggil daddy, Haikal n Hafiz makan" Amira berjalan menuju ruangtamu.
................................
"Abang, Mira hantar Abg ke Airport ya?" Kebetulan Mira ingin ke Butik sekali lah nak Hantar suami dia yg dah nak fly ke sabah selama 3hari. "Betul Mira nk hantar? Tapi balik pun kena jemput Abg jugak tau ?" Beritahu Haikal. "Everything for u Abg sayang" ucap Mira tersenyum Nakal. Senang Haikal melihat keceriaan isterinya itu. "Jom sayang nanti Abg lambat pula " .. "ok. Lepas hantar Abg Mira ke butik tau" maklum Mira pada Haikal. Haikal hanya mengangguk...........
"Abang takecare dekat sabah tu, jangan lupa call syg kalau dah sampai" ucap Mira dengan nada sedih.."Mira pun takecare juga, jangan nakal2" Haikal mencubit hidung Mira. Mira mengangguk lalu mencium tangan suaminya. Haikal Mengucup dahi dan pipi isterinya sayu.
..............................
2hari berlalu slps Haikal fly ke Sabah; 'Rasanya Mira dah pulang Holiday kot. Baik aku cuba pergi butik dia' detik hati Airi ............
"Assalamualaikum, Puan Amira ada?" Ucap Airi sebaik saja melihat Qis sedang leka menghadap laptopnya. "Waalaikumsalam ada, kejap".... 'huh kalau hari2 jantung aku berdegup kencang bila nmpk Qis blh heart attack aku mcm ni' bisik hati Airi.... "ehh Airi ada apa?" Suara Amira menyedarkan Airi dari lamunannya. "Boleh tak saya nak jumpa awak kejap?".."jom kebilik saya".. Qistina menyambung kerjanya. "Nii saya nak tanya, emmm.. errr.. err saya malula nak cakap"..."ada apa cakapla. Pasal Qistina ke?" Teka Amira. "Mana awak tahu?".... "saya tau laa. Mata awak bagitahu semua tau" usik Mira sambil gelak...."Qistina tu dah Berpunya ke?" .... "belum lagi Airi, tu yg kerjanya mengusik sya aje tu. Kenapa?" ..."ohh. Tak ade tanya je." .. "yelahtu tanya je, kalau nak bertindak cepat takut jatuh ke tangan orang lain pulak" Usik Amira lalu menggelakkan Airi..."ehh awak da lunch?" Tanya Amira. "Belum lagi".."cantekk.. jom saya kenal2 kan dengan jodoh awak" ajak Amira pada Airi untuk pergi lunch bersama Qistina......
"Qis jom lunch dengan En.Airi"... Terkejut Qistina dengan Ajakan Mira. 'Aduhh dengan mamat ni pulak'keluh hati Qistina. Qistina terpaksa akur.
.................................
Haikal pulang awal dari yang dijangka, dia membuat keputusan untuk membuat suprise pada Amira. 'Sebelum balik aku beli cookies kegemaran Mira lah. Mesti dia suka' sebaik tiba di airport Haikal ke shopping complex untuk membeli makanan kegemaran Isterinya.
................................
Amira, Qusyairi dan Qistina makan disebuah restoran yang berada di shopping complex, selesai makan mereka bersiar-siar sebentar sebelum pulang ke office dan Butik. ... "weyh aku nak p toilet jap" beritahu Qistina. Amira mengangguk faham. Amira ditinggal berdua bersama Airi. Mereka berbual berdua didepan sebuah kedai sementara menunggu Qistina .... tiba2, " Haii pakwe ke? Handsome. " lelaki itu memandang Amira tajam lalu "Kau Airi?" Soal Haikal pada Airi. "Ya sy Airi awak ni siapa?" .."ohh i see, goodjob Nurul Amira" dia mengangkat kaki dengan segera. "Abang, abangg tunggu Mira" jerit Mira. 'Bukan esok ke Abg Haikal balik' Amira kehairanan melihat Haikal yg tiba2 muncul dihadapan dia dan Airi. "Ive got to go, awak tolong hantarkan Qistina balik ya, sorry n goodluck" ucap Mira pada Airi lalu bergegas pulang kerana tidak sedap hati melihat perlakuan suaminya. Dia tahu bahawa suaminya itu pasti salah sangka padanya. 'Ya allah kuatkan aku' Amira keresahan.
.................................          
'Tak guna punya betina, jadi betullah dia ada affair belakang aku dengan lelaki tu. Kau dah hancurkan kepercayaan aku pada kau Amira, how dare u ' Haikal Merengus. Amarahnya membuak2 saat melihat kemesraan wanita yg bergelar isterinya bermesraan dengan lelaki lain, berdua pulak tu.
....................................
Sesampai Amira dirumah dia mencari kelibat suaminya. "Abangg?" Seru Amira mencari suaminya lantas Amira melihat suaminya dibilik. "Abang. Awal abg balik? Bukan Abg balik esok ke?" Lantas Amira mencium tangan suaminya tapi direntap kasar oleh Suaminya. "Kenapa? Kau suka kan? Supaya kau boleh berfoya2 dengan Jantan tak guna tu haaa !" Haikal meninggikan suaranya pada Mira. Amarahnya suda tidak dapat dikawal. "Abang, apaa abang cakap ni " terkedu Mira mendengar tuduhan suaminya itu.Terguris hatinya saat Haikal meninggikan suara padanya.."ehh kau jangan buat tak tau la! Isteri jenis apa kau ni haaa?! Kemaruk sangat nak kasi sayang lelaki lain?Aku ni tak buta Lagi tau, nihh mata aku ni jelas lagi. Kau nak buat cerita apa lagi pasni? Kau terserempak dgn dia pulak? Apa lgi tumpah? Jus? Or coffee lagi? " perli Haikal dengan nada kasar. "Ya Allah demi Allah bang Mira tak curang dengan Abang, Mira tak berdua dengan dia masa tu ..."arhhh! Sudah aku tak ingin nak dengar cerita rekaan kau tu. Tak cukup lagi ke kasih sayang aku pada kau Amira! Memang perempuan tak tahu diri" bentak Haikal lalu meninggalkan Amira sendirian dibilik. 'Ya allah kau lembutkan lah hati suamiku' rintih Amira, air matanya suda mengalir ke pipi mulusnya... Haikal yang sedang dilanda marah keluar dari rumah menenangkan dirinya.. Amira yang terluka dengan Haikal yg tidak mempercayainya terus menangis.
................................
"Helo assalamualaikum"
"Waalaikumsalam, Mama" "Mira?mira sakit ke? Kenapa suara Mira lain macam aje ni" suara puan Ruzana risau dihujung talian. "Ehh mana ada ma, biasa je lah suara Mira" tipu Mira. Dia tak ingin Mama nya mengetahui hubungannya dengan Haikal bermasalah. Sudah 2minggu dia dan Haikal tak bertegur. Haikal membuat dirinya seperti tidak wujud disisi suaminya itu. Remuk hatinya melihat perlakuan Haikal terhadap dirinya. "Mira?? Mira ?" Panggil puan Ruzana kerana Amira tidak bersuara. "Err yaa ma.. ada apa call Mira?".."kamu ni kenapa Mira? Macam ada masalah je?" Soal puan Ruzana hairan. "Mana ada ma, Mira penat sikit aje" dalih Mira. "Yelah. Ni mama call nak ajak kamu makan tengahari esok dekat sini. Boleh?".. "err Mira tanya Abg Haikal dulu ya Maa, esok Mira call mama".."haa yelah, kamu tu jaga diri, kalau rasa tak sihat minta Haikal bawa kamu ke klinik." Nasihat puan Ruzana "ya maa".. panggilan diputuskan. Luluh hatinya saat mengingatkan Haikal...
"Sayang, sayang jangan tinggalkan abang tau? Abang tak tahu nak hidup macam mna kalau syg tak ada"..."mana boleh Mira tinggalkan abg. Abang pun kena janji dekat Mira yg Abang tak akan buat macam haritu lagi dekat Mira. Mira terluka tau, hanya Allah je tau perasaan Mira saat Abg tak endah Kan Mira.." ucap Mira sedih. "Abg minta maaf sayang Abang janji Abang tak buat lagi" Haikal memeluk isterinya lalu mengucup umbun2 isterinya......
'Mana janji abang masa kita holiday dulu. kenapa abang buat Mira macam ni.' Pilu hati Amira mengenangkan janji Haikal semasa mereka di pulau Langkawi tempoh hari. Tiba2 Amira tersedar lalu mengesat air matanya. "Abg nak makan?" Soal Mira sebaik saja Suaminya pulang namun hampa.. Haikal membiarkan Amira terkontang kanting sendiri dan naik terus menuju ke bilik tanpa melihat mahupun bercakap dengan isterinya.. 'ya allah tabahkan aku menghadapi dugaan rumah tangga kami' rintih Amira sambil memegang dadanya dengan tangisannya yg tidak dapat ditahan... Mira mengingatkan ajakkan mamanya sebentar tadi lalu mendapatkan Haikal. "Err.. Abang, mama ajak kita lunch dekat rumah mereka esok" beritahu Mira pada Haikal yg baru saja selesai mandi.. Haikal tidak memberi sebarang reaksi. "Kita pergi ya bang?" Ajak Mira kerana dia tahu esok Haikal tak kerja. "Kau pergilah sendiri, aku tak ada masa nak berlakon bahagia depan papa dan mama, biar diaorang tahu perangai sebenar anak kesayangan mereka ni" perli Haikal. Terkedu Mira mendengar perlian lelaki yg Bergelar suami pada dirinya sendiri.."sebenci itukah Abg pada Mira? Tergamak Abg buat macam ni pada Mira, mana janji2 Abg " Mira menangis Hiba. "Ehh perempuan! Kau yg sebenarnya kejam kau tau tak!" Haikal mendongakkan Muka Amira dengan kasar agar memandang mukanya "kau ni tak layak dapat kasih sayang aku!dasar isteri tak tahu menghargai !" Haikal terus keluar dari bilik kerana bimbang dia akan melakukan hal yg lagi teruk pada isterinya. Jauh disudut hatinya dia tidak sampai hati mengasari Mira tetapi dalam masa yg sama dia tidak dapat mengawal amarahnya yg semakin membuak buak... sekali lagi pecah tangisan Amira setelah dikasari suaminya sendiri.. dia menenangkan dirinya dengan duduk di atas sejadah menunaikan solat serta membaca Alquran. Hanya dengan cara itu dia dapat menenangkn dirinya. ................................
Amira terpaksa pergi seorang diri ke rumah mamanya kerana Haikal enggan mengikutinya. Awal pagi lagi Haikal sudah keluar rumah, dia hanya dapat mengeluh kecewa dengan sikap Haikal yg semakin hari semakin dingin terhadapnya. Amira hanya menghantar mesej pada Haikal untuk meminta izin kerumah mama nya namun tiada balasan dari Haikal .......
"Assalamualaikum Maa" Amira memberi salam. "Eh Mira waalaikumsalam. Haikal mana?" Tanya Puan Ruzana kehairanan apabila melihat Mira datang seorang. "Err Haikal tak dapat datang Maa dia ada hal sikit" Sekali lagi Amira terpaksa menipu Mamanya. 'Ya allah aku berdosa' rintih hatinya. "Ohh takapalah jomlah masuk" ajak puan Ruzana. "Kakakkk!!" Mimi mnjerit selepas melihat kakaknya lalu dengan pantas memeluk Mira. "Mimi ni kenapa?" tanya Mira kehairanan. "Kenapa apa? Nak peluk kakak sendiri pun tak boleh?" Nada suara Mimi agak merajuk. "Tak laa, kakak pelik jek. Mesti ada sesuatu ni" teka Mira yg cukup kenal pada adiknya."eleh mana ada lah, orang rindu kakak je" luah Mimi. "Dah jom, papa dah tunggu tu, abg kamu pun" maklum Puan Ruzana.........
Seusai makan, tiba2 Mira rasa Mual dan terus bergegas ke bilik mandi. Puan Ruzana berasa hairan dengan Amira lalu mengikuti Mira. "Mira, mira ok ke?" ..selepas 5 minit. "Ok maa, Mira rasa loya dan pening sikit je" ucap Mira selepas kluar dari bilik mandi." Kamu mengandung ke Mira" teka puan Ruzana yg terkejut dengan penjlesan Mira. "Ehh takla maa, sakit biasa aje ni"nafi Mira yg sendiri tidak tahu sama ada dia mengandung atau tidak. "Dah jom papa dengan mama ada nk bincang ni pasal Adik kamu sorang tu. " Puan Ruzana memapah Amira yg kelihatan sedikit lemah ke ruang tamu...." dah kenapa dengan Mira ni Maa"tanya Azmi abg Mira. "Pening katanya" ..... "ok kita mulalah ya. Sebenarnya papa dgn Mama nak beritahu yg adik kamu ni akan bertunang minggu hadapan" ... "dengan siapa paa" soal Amira dengan Azmi serentak. "Dengan Nizam Hafiz bin Othaman " jawab Encik Norman. Terkejut Amira mendengar Nama yg disebut papa Papanya. "Hafiz adik Haikal ke pa?" Tanya Azmi. "Ha'ah Abang" jawab Mimi dengan senyuman lebar. "Sejak bila pula Mimi berkawan dengan Hafiz? Kakak taktau pun." Soal Mira kehairanan .. "Masa kakak kahwin dengan abg Haikal hehehehe" ... "Amboi rupanya awal2 dah menggatal eh?" Usik Mira pada Mimi . Sebenarnya Mira suka dengan pilihan Adiknya, kerana Hafiz tu baik sama macam Haikal. "Hish kakak ni macam tak je " Mira menarik muka masam. " tak ada lah mimi, kakak suka. Bolehla kita berkongsi mertua kan" Mereka sekeluarga tergelak mendengar kata2 Mira... Amira yg berasa kurang sihat meminta izin pulang setelah perbincangan tentang Mimi selesai. "Boleh ke kamu drive, suruh je la Haikal ambil kamu" puan Ruzana risau Amira memandu dalam keadaan tidak sihat. "Boleh maa, Mira ok dah." ... "apa salahnya kalau minta Haikal jemput Mira? Mira tu tak sihat." Azmi turut risau melihat keadaan adiknya itu. "Haikal tengah sibuk Abg Mi , Mira taknak ganggu. Lagipun Mira ok ni, tak apalah Mira drive perlahan2 ya. Mama dengan Abg Mi janganlah risau" Amira menenang dua insan yang merisaui nya.
.....................................
Sudah sebulan Rumah tangga Amira dan Haikal bermasalah. Amira sudah buntu kerana suami nya tak pernah mahu mendengar penjelasannya apatah lagi duduk berbincang bersama nya. 'Ya allah hanya pada mu aku berserah, kau selamatkanlah rumah tangga kami' doa Mira tak putus2... "Heloo Miraa? Kau kenapa nii? Asyik termenung je aku tengok. Kau ada masalah ke?" Qistina pelik melihat Mira yg sejak kebelakangan ni hanya mendiamkan diri. Bila ditanya dia jawab takda. "Tak adalah, mana ada" jawab Mira, dia Tidak mahu membebankan Qistina dengan Masalah rumah tangganya lgi. "Dah la Mira. Aku bukan kenal kau setahun tau, dah bertahun2. Dah sebulan aku tengok kau macamni, dah2 lah menafi kan kalau aku betul. Cuba kau cerita dengan aku. Tak senang aku tengok kau ni asyik diam aje." Luah Qistina yg dapat merasakan Amira sedang mempunyai masalah. Amira hanya menggeleng dan diam."kau begaduh dengan Haikal lagi eh?", teka Qistina melihat Amira hanya mendiamkan diri. Amira terasa sebak saat nama Haikal keluar dari mulut Qistina, Air matanya sudah tidak dapat dibendung dan dia terus menangis sepuas puas nya. Qistina yg melihat reaksi spontan Amira begitu terkejut dan terus memeluknya. "Jadi betullah kau begaduh dengan Haikal?" Amira hanya menangguk di pelukan sahabatnya. " cuba kau cerita dekat Aku Mira,kau diamkan macam ni macam mana masalah nak selesai" pilu hatinya melihat rakan karibnya yang sedang menanggung masalah itu. Amira menceritakan dari A sampai Z masalahnya dengan Haikal pada Qistina. Qistina tergamam setelah mendengar masalah yg dialami sahabatnya itu. Dia berasa amat Marah pada Haikal yg tidak mahu mendengar sedikit pun penjelasan Amira. Sedang Qistina sibuk
Marah kan Haikal Amira berasa amat pening dan loya, dia terus bergegas ke tandas dan muntah sepuas2 nya. Qistina yg melihat keadaan Amira yg begitu lemah serta pucat segera membawa Qistina ke klinik. Amira tidak dapat menghalang Qistina kerana sudah seminggu dia mengalami sakit aneh ini..............
"Tahniah Puan, puan disahkan hamil 6minggu." Suara doktor yang memeriksa Amira masih terngiang Ngiang di telinganya. Alangkah gembiranya dia sebaik saja mendengar khbar gembira itu. 'Kalau rumah tangga kita tidak bermasalah, pasti Abg orang yg paling pertama sekali mengetahui bahawa Mira mengandung' detik hati Mira lalu Air matanya menitis. Qistina yang sedang menghantar Amira pulang perasan akan kemendungan yg bertamu di wajah sahabatnya itu. "Kau kena jaga kesihatan kau tau, jaga makan minum, jangan makan benda2 yg tak berkhasiat. Ingat, kau tu dah berbadan dua" pesan Qistina yg serupa doktor menasihati pesakitnya. "Aku tau. Satu je aku minta tolong kau ni. Kau jangan bagitahu sesiapa pasal ni tau, cukup kau dengan aku je yg tau" pinta Amira. "Haikal?" ... Amira menggeleng. "Tapi satu hari dia kena tau juga, dia tu ayah pada anak dalam kandungan kau tau"..."aku tahu tapi bukan sekarang, keadaan tak mengizinkan. Terima kasih tau sebab sentiasa ada waktu aku susah dan senang. Untung aku dapat kawan macam kau" ucap Mira dengan nada sebak. "Kau janganla cakap macamtu, apa gunanya aku jadi kawan kalau tak dapat bantu kau."......... "Thanks hantar aku balik, esok jemput aku tau, kereta aku kan tinggal kat Butik." ... "okay, siap awal ehh, lambat je aku tinggalkn" Mira hanya tersenyum mendengar ugutan Qistina..... sebaik saja masuk ke dalam rumah, Amira masak untuk Haikal. Walaupun rumah tangga mereka bermasalah, dia tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai isteri. Semasa dia sedang masak dia tidak berhenti muntah kerana menghidu bau2an yang meloyakan tekaknya. Doktor kata itu adalah Morning sickness, biasa berlaku pada ibu2 mengandung. Namun tetap meneruskan masak untuk suaminya. Haikal yg baru pulang terdengar Isterinya sedang muntah namun tak di endahkannya. Dia terus naik menuju ke bilik. Amira yg sudah siap menyediakan makan naik kebilik untuk menyuruh Haikal makan. "Abang jom makan? Mira dah masak tu" tegur Mira saat melihat suaminya sedang membaca buku di atas katil. Haikal membisu. Amira mendekati Haikal lalu sekali lagi mengajak Haikal Untuk makan bersamanya. "Abg jomla teman Mira makan"pujuk Mira sekali lagi.. Haikal yg begitu geram menengking Amira "ehhh kau makanla sendiri aku tak ada selera nak makan sambil tengok muka perempuan yg tak sedar diri macam kau!" Herdikan Haikal membuat tangisan Amira pecah, Mira keluar dari bilik dengan segera, tidak kuat dia menghadapi suaminya yg berubah 360 darjah itu. Amira sedar dia sedang Membawa satu nyawa di perutnya, dia terpaksa makan walaupun tidak berselera, kerana dia tidak mahu kandungannya terjejas.
...................................
Morning sickness yang dialami Amira semakin teruk hingga membuatkan dia lemah dan wajahnya turut pucat. Selama seminggu dia tidak dapat ke Butik kerana tidak bermaya. Haikal yang perasan terhadap perubahan isterinya itu sedikit sebanyak berasa risau tapi tetap dengan sikap egonya.
................................
Majlis pertunangan Adiknya Nurul Aimimi Binti Norman berjalan dengan lancar. Amira berasa gembira atas pertunangan adiknya dan Hafiz . "Hafiz jaga Mimi baik2 tau, kalau kakak tau Hafiz sakiti dia jaga Hafiz ehh" usik Amira pada Hafiz "haaa mestilah gile tak jaga nanti kena dengan Abg Haikal sekali bukan kena dengan akak je tau." ..."tau takot, paling penting jaga batas pergaulan korang, korang baru bertunang je ni, belum kahwin lagik. Kalau ada rasa2 nak sentuh sana sini, cepat jumpa Mama n papa terus kahwin tau" usik Mira lagi. Tergelak Hafiz dibuatnya "nonsense lah kak Mira nih." .."Yelah, kak nak ke dapur dulu, nanti kakak panggil kn Mimi." .. "macam tau2 je Hafiz cari Mimi"..
"Giler tak tak tau, abg Haikal pun dulu macam tu juga, haa sekarang Ni turun pada adik dia lah pulak kan?".. Hafiz hanya tersengih mendengar kenyataan Kakak iparnya itu. Sepanjang berada di rumah Mama Mira, Mira dan Haikal terpaksa berlakon seperti tak ada apa berlaku kerana tidak mahu papa, mama mahupun mummy dan daddy menghidu masalah rumah tangga mereka.
.....................................
Dirumah, Mira seperti tidak wujud di mata Haikal, semua yg Mira Lakukan tidak di endahkan Haikal. Mira yang sudah pun buntu dengan sikap Haikal hanya mampu mengadu pada yang esa. Sungguh dia tidak kuat menghadapi dugaan ini...... Semasa Haikal mandi, Amira memeriksa telefon Haikal kerana ingin mengetahui bila Haikal akan fly. Dia merancang ingin menghantar Haikal ke Airport walaupun dia hanya terpaksa mengikuti kereta Haikal daripada belakang. ................................
"Abang!" Haikal yang baru saja sampai di Airport terkejut mendengar suara isterinya lalu menoleh ke belakang. Amira lekas mendapatkan Haikal lalu menyalam tangan Haikal sambil berkata "Ampun kan salah silap Mira bang. Mira Akui Mira tak layak jadi isteri abg. Mira minta abang halalkan makan minum Mira" .... Mira mengukirkan senyuman seikhlas2 nya, Haikal hanya membiarkan perbuatan isterinya tanpa menghalang sedikit pun. Sayu hatinya melihat air muka Amira yg begitu sedih, jelas terlihat ada kedukaan disebalik senyuman yg terukir di bibir isterinya itu. Amira yg memerhatikan Haikal diam tanpa sebarang reaksi, "Abg pergilah, jaga diri tau. Mira sayang Abg" Amira meninggalkan suaminya dan menuju ke kereta, dia tidak ingin menangis didepsn suaminya. Sebaik saja memasuki Kereta, tangisan dilepaskan sepuas puas nya. Haikal yang berasa tidak sedap hati dengan perbuatan Amira meneruskan perjalanannya. Amira menenangkan diri setelah tenang dia berlalu pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan ke rumah, Amira berasa pening, dia sudah tidak mampu mengawal kereta ....... Akhirnya ... Amira Accident dan tidak sedarkan diri
...................................
"Ya allah selamatkan lah anakku" Puan Ruzana yang dari tadi mundar mandir didepan bilik kecemasan tidak henti2 berdoa. "Mama duduk lah dulu" ajak Mimi. "Kamu dah telefon Haikal?" Soal Puan Ruzana. "Dah maa tapi fon Abg Haikal off. Rasanya dia sedang kerja kot maa" ..... Qistina dan Airi muncul, "pak cik Makcik, macam mana keadaan Mira?" Tanya Qistina cemas "tak tahu lagi Qis doktor sedang periksa dia" jawab En.Norman. ............................. "Siapa suami puan Amira?" soal Doktor yang baru keluar dari wad kecemasan. "Suami dia tak ada Doc, suami dia pilot, sedang kerja" jawab En.Norman. "kalau macam tu mak ayah dia jumpa saya " En.Norman dan Puan Ruzana mengikuti Doktor dengan penuh debaran.........
"Begini Encik , Puan . Amira mengalami pendarahan di kepala dan dia perlu dibedah segera tetapi kami dapati Puan Amira sedang Mengandung 3bulan. Ini menyukarkan kami untuk membuat keputusan. Kami tidak boleh menjalankan pembedahan pada Puan Amira kerana dia sedang mengandung tetapi sekiranya puan Amira tidak menjalani pembedahan ianya akan membahayakan nyawa Puan Amira dan sekaligus bayinya. kami terpaksa meminta Encik dan Puan untuk membuat keputusan di antara Puan Amira ataupun bayinya. Kami sudah tidak ada Pilihan lain. ".... Encik Norman Dn Puan Ruzana terkejut mendengar penjelasan daripada doktor. "Tidak ada jalan lainkah doc?" Rayu puan Ruzana dengan linangan air mata. "Maaf kan saya Puan, hanya ini saja jalan untuk pihak kami menyelamatkan nyawa Puan Amira atau pun bayinya."...."Ya allah apa kita nak buat ni bang.. "......... akhirnya Mereka membuat keputusan untuk menyelamatkan Amira namun mereka sangat sedih Kerana tidak dapat membuat pilihan untuk menyelamatkan kedua duanya sekali.  En.Norman pasrah. "Encik tandatangan dokumen ni dulu" En.Norman menurut.
....................................
Haikal bergegas pulang sebaik saja mendapat berita buruk dari Mimi yg menyatakan isterinya Accident pagi tadi. Haikal berasa tidak tenteram. Sungguh hatinya dihimpit rasa bersalah. Haikal mengenangkan kembali perbuatan nya pada Amira. Dia tidak sangka dia sudah begitu banyak meluka kan hati Isterinya itu 'Mira tunggu Abg, jangan tinggalkan Abg Mira, Abg tau Abg salah. Maaf kan abg Mira' rintih hatinya yg begitu menyesal atas perbuatannya. Suara Mira yg meminta maaf semasa menjumpainya pagi tadi masih terngiang2 ditelinganya 'patutlah abg rasa tak sedap hati pagi tadi Mira, rupanya benda ni yg berlaku pada Mira. Abg Khilaf Mira' ..................................
Sebaik sampai, Haikal terus             memecut keretanya ke hospital. Hatinya begitu tidak tenteram selagi tidak melihat sendiri keadaan Mira .........
"Paa, maaa mana Mira, Haikal nak tengok Mira maa" rayu Haikal pada mertuanya "Mira masih didalam Kal, doktor sedang menjalankan pembedahan terhadap Mira,Mira mengalami pendarahan dikepala dan.. doktor terpaksa menggugurkan kandungan Amira yg berusia 3bulan kerana doktor Hanya dapat menyelamatkan nyawa salah satu daripada mereka. Maafkan Papa Kal, papa terpaksa membuat keputusan  untuk menyelamatkan Amira namun tidak bayi Amira. Masa doktor cari Kal, Kal belum sampai jadi doktor terpaksa meminta kami membuat keputusan. Papa harap Haikal dapat bersabar menghadapi dugaanNYA." Ujar encik Norman sayu. Haikal tergamam mendengar penjelasan en.Norman. "kandungan? Maksud papa Mira Mengandung paa?" ... "iya Haikal, kandungan Mira berusia 3bulan Kamu taktahu?" .... sungguh Haikal berasa tidak berguna dan tidak layak untuk Mira kerana telah menghukum isterinya itu tanpa memberi peluang pada Amira untuk menjelaskan semua perkara padanya, sehingga kan Mira sakit pun dia tidak mengambil Peduli bahkan dia langsung tidak mengetahui bahawa isterinya itu mengandung. 'Suami jenis apa kah aku ini' rintih hati Haikal kesal, dengan tidak semena2 gugur air mata Haikal.... "haikal aku nak jumpa kau jap" pinta Qistina lalu Haikal mengikuti Langkah Qistina. "Aku nak kau tengok ni" Qistina memberi telefonnya pada Haikal. "Apani?" Soal Haikal selepas melihat gambar yg ditunjukkan oleh Qistina "kau buka mata kau tu Luas luas, ni bukti bahawa dihari kau tuduh Amira Ada affair dibelakang kau, aku ada sekali masa tu, Amira dan Airi sedang tunggu aku. Masatu aku pergi toilet. Sekarang ni puas hati kau dapat siksa Amira cukup2? Kau memang suami tak guna kau tau tak! Suami yang suka tuduh isteri secara melulu. Suami yg lebih pentingkan ego dari isteri. Ehh kau memang tak layak untuk Mira lah!" Bentak Qistina setelah sekian lama Menahan amarah pada Haikal. "Masa Qis sakit kau ada peduli ke? Dia mengandung pun kau tak tahu kan!? Kau ni memang lelaki tak guna lah!" ... Airi yg melihat Qistina terus menghalangnya darpda terus memarahi Haikal "Qis dah lah tu jom kita keluar dulu " ajak Airi yg melihat Qistina yg tidak dapat mengawal barannya...
Haikal terduduk dengan linangan air matanya, diimbas kembali apa yang telah dia lakukan pada Amira. "Mira maafkan Abg Miraa! Abang berdosa pada Mira, Mira jangan tinggalkan Abg" raung Haikal. Hafiz dan Puan Hamsiah serta Encik Othman yg baru saja tiba terkejut melihat Haikal yg meraung sendirian. "Abang kenapa ni? Apa dah jadi ?" Hafiz mendapatkan Haikal yg telah terduduk dilantai. "Abang tak berguna Fiz, abang sia2 kan kak mira, abg tak percaya pada isteri abg sendiri. Abg menyesal Fiz" Hafiz yg melihat Abangnya sayu , "dah dah, jom ikut Hafiz ke surau, tenangkan hati abang, minta dekat Allah agar Kak Mira selamat" pujuk Hafiz . Mummy n daddy Haikal hanya diam tak terkata melihat anak sulung mereka yg mereka sendiri tidak tahu kenapa dia berkata sedemikian "haa eloklah tu, baik kamu pohon pada Allah agar isteri kamu diselamatkan daripada kamu duduk meraung disini" ujar Encik Othman lalu mengajak Puan Hamsiah ke wad kecemasan dimana Amira ditempatkn.
..................................
Seusai menunaikan solat dan kembali tenang, Haikal kembali ke wad kecemasan dan ternyata Amira telah selesai membuat pembedahan. Haikal menjenguk Amira yg telah dipindahkan kebilik khas. Setibanya di bilik yg menempatkan isterinya, langkahnya terberhenti saat melihat sekujur tubuh Kaku di atas katil serta terdapat banyak wayar yg bersambung ke badan Mira. Luluh hatinya melihat isterinya yg kaku itu. "Doktor sahkan Amira dalam keadaan stabil, cuma ianya mungkin akan memakan masa untuk Mira sedarkan diri" en.norman menerangkan sebaik saja melihat Haikal yg terpaku melihat Amira..... Haikal mendapatkan Amira "Mira bangun sayang, bangunlah abang ni. Janganlah buat Abg macamni Abg tau abg salah, tolongla bangun" Haikal duduk disebelah Mira sambil memeluk mira dan mengenggam tangan milik isterinya itu. Amira tidak memberi sebarang reaksi, dia tetap kaku.
...................................
Sudah seminggu Amira tidak sedarkan diri.. Haikal pula mengambil cuti tk bergaji kerana ingin menjaga Amira d Hospital. "Haikal kamu balikla dulu, biar mummy yg jaga Amira ni" pinta Puan Hamsiah yg melihat Haikal dari semalam tak balik-balik.. " Tak apalah Mummy, Haikal nak jga Mira sampai Mira sedar. Haikal dah banyak sakitkan hati Mira mummy. Inilah balasan Haikal kerana tk menghargai isteri Haikal sendiri" luah Haikal yg terlalu kesal dengan sikap ego nya sehingga membuatkan Amira terlantar kaku.."cuba kamu cerita dengan Mummy macam mana semua ni boleh jadi? Sampaikan Amira mengandung pun kamu taktahu kan? Apa yg terjadi sebenarnya ni Haikal ? Sejak bila rumah tangga kamu bermasalah macam ni?" Soal puan Hamsiah.... "Haikal yg salah My, Haikal tuduh Amira ada affair dengan lelaki lain. Haikal tak nak dengar penjelasan Mira kerana Haikal rasa apa yg Haikal nampak dengan mata Haikal sendiri itu sudah cukup membuktikan bahawa sangkaan Haikal tu betul. 2bulan mummy. 2bulan Haikal siksa Mira Haikal buat dia macam tak wujud dalam rumah tu. Tapi Mira tak pernah pun lupa tanggungjawab dia sebagai isteri, Mira selalu masak utk Haikal tapi Haikal tak pernah sentuh pun masakan Mira.. Haikal perasan Mira sakit, dia selalu muntah2 tapi Haikal tak peduli pun my. Haikal tau Haikal khilaf. Haikal telah banyak sakitkan Amira".. Puan Hamsiah yg mendengar segala luahan anaknya itu hanya diam tak terkata. Dia tidak menyangka Haikal sanggup berbuat begitu pada Amira. "Mummy harap kamu dapat belajar dari kesalahan yg telah kamu lakukan. Sebagai suami, Haikal sepatutnya kena bijak menguruskan masalah rumah tangga sendiri bukannya bertindak melulu macam tu, Haikal tengok apa Haikal dah buat..Haikal bukan siksa Amira je tau tapi Haikal siksa anak Haikal yg Haikal sendiri tidak tahu kewujudannya di rahim Mira. Mummy bukan nak tambahkan lagi rasa bersalah, menyesal Haikal tu. Tapi Mummy taknak dek kerana ego kamu tu orang yg kamu sayang menderita. Kamu fikirlah baik2 cakap mummy ni" Puan Hamsiah begitu kecewa dengan Anak sulungnya yang suka bertindak ikut suka sendiri.. Haikal yang mendengar kenyataan mummy nya sudah buntu. Perasaan nya sudah tidak keruan dan bercampur baur tika menyedari Satu demi satu kesilapan yg telah dia lakukan pada isterinya serta... anaknya.. " Amira Ampun kan abang Mira, Abg tak berguna untuk Mira, maafkan abg Mira , bangunlah sayangg" raung Haikal yg duduk disebelah katil Amira. Puan Hamsiah yg melihat Haikal segera menenangkan Anak sulungnya itu "Haikal jangan macam ni nak, kesian pada Mira. Haikal pergi solat mohon Ampun pada yg di atas, tenangkan hati haikal, Mummy ada untuk tengok tengokkan Mira, Haikal pergilah nak." Pinta puan Hamsiah.
......................................
Sudah masuk 3minggu Amira tidak sedarkan... Orang tua dan mertua Haikal tidak putus putus untuk memberikan semangat pada Haikal. Qistina dan Airi juga sering melawat Amira... "Qusyairi boleh aku cakap sikit dengan kau" pinta Haikal lalu keluar dari wad manakala Qistina duduk disebelah Katil Amira, Qusyairi menurut. "Airi, aku nak minta maaf dekat kau. Aku tau aku tak sepatutnya tuduh melulu, sekarang aku dah dapat balasan aku. Maafkan aku" ucap Haikal sebak. "Bro, aku dah lama maafkan kau. Aku faham, suami mana yg tak cemburu tengok isteri dia bergurau senda dengan lelaki lainkan? Aku pun salah juga masa tu. Aku akui pertama kali aku jumpa Amira aku jatuh suka dekat dia.. tapi bila aku dapat tahu dia dah berkahwin, aku terus buang rasa aku tu dan tukar niat aku. Aku dekati Amira adalah kerana Qistina dan aku tau, tindakan aku tu mendatangkan curiga pada kau. Aku bersalah, aku harap kau maafkan aku" Qusyairi turut mengakui kesalahannya yg mendekati Amira untuk mengenali Qistina. "Tak apa lah, benda dah jadi. Kalau aku tak layan ego aku, mesti Mira tak jadi macamni.. dan .. anak aku pasti selamat. Aku Menyesal Airi.. ego aku telah menghancurkan segalanya" Haikal tidak henti2 menyalahkan dirinya di atas kemalangan Mira. "Dah la tu, yang penting sekarang ni kita sama2 doa agar Amira cepat sedar " nasihat Airi ... tiba2... "Airi panggil doktor Amira dah sedar!!" Pinta Qistina setelah genggaman tangannya pada Amira dibalas. Haikal yg terkejut dengan kenyataan nya terus menjenguk Amira, Airi dengan pantas   memanggil doktor bertugas. Haikal menggengam tangan Amira "sayang, abang ni" ... "encik, cik diminta keluar dulu ya doktor nak buat pemeriksaan sebentar" pinta nurse yang memasuki wad Amira. Haikal dn Qistina terpaksa akur.
...................................
Amira telah disahkan stabil dan sedar sepenuhnya.... "Apa yang dah jadi pada Mira bang?" Soal Mira sebaik saja sedar dan melihat wajah Haikal di sisinya. "Sayang accident pada hari sayang jumpa Abg di Airport haritu" jawab Haikal sayu melihat wajah lesu isterinya itu. "Lepastu apa berlaku?" Soal Mira lagi.. "doktor sahkan Syg mengalami pendarahan di kepala dan... doktor terpaksa .." Haikal terdiam sebak, dia tak tahu bagaimana untuk menjelaskan pada isterinya tentang bayi mereka yg terpaksa digugurkan demi menyelamatkan nyawa Mira. "Doktor terpaksa abg???" Soal Mira cuak. Haikal diam membisu, Amira memandang pada Mamanya yang duduk disebelah kanannya. "Maa apa dah jadi ma tolong beritahu Mira" Mira yang tadi tertanya2 kini sudah mengeluarkan air mata kerana dapat merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku. "Doktor terpaksa gugurkan kandungan Mira nak, semua tu demi dilakukan menyelamatkan kamu" Akui Puan Ruzana sebak melihat keadaan anaknya yang tidak bermaya itu. "Ya allah.." Amira menekup mulutnya dan tangisannya pecah... Haikal pilu melihat isterinya itu .. "Maafkan Abang Mira, semua ni salah abg Maafkan abang, ampunkan abang Mira" Haikal turut mengalirkan Air mata, tangan Mira digenggamnya.. Mira tidak memberi sebarang reaksi pada kenyataan Haikal, dunianya kini seolah2 gelap tiada cahaya...
............................
Selepas 3hari Amira sedar dari komanya, keadaannya semakin pulih dan doktor akan membenarkannya pulang 2hari lagi. Semenjak kenyataan yang diketahui Mira, Mira lebih banyak mendiamkan diri daripada bercakap. Haikal yang melihat keadaan Mira, pasrah kerana semua ini adalah berpunca daripada dirinya. Amira lebih banyak bermenung daripada berbual walaupun Haikal sentiasa menemaninya... Jam sudah menunjukkan pukul 1pagi namun Amira belum melelapkan matanya manakala Haikal sudah terlena di sebelah Amira dengan hanya meletakkan kepalanya yang berbantalkan lengannya di atas katil Amira.. sayu hati Amira melihat suaminya yang terpaksa menjaganya dari hari pertama dia memasuki hospital. 'Mesti abang tak cukup tidur sebab jaga Mira kan'detik hati Mira sambil mengusap2 kepala suaminya yg sedang lena itu.. 'maafkan Mira, Mira gagal dalam menjaga bakal zuriat kita' detik hati Mira sebak dan akhirnya gugur jua air mata Amira bila mengenangkan bayinya sudah tiada. Haikal yang merasa seperti kepalanya diusap terjaga dari lenanya. Amira yg perasan bahawa Haikal tersedar cepat2 mengesat air matanya. "Sayang, kenapa tak tidur lagi ni? Dah lewat ni " soal Haikal yang melihat isterinya masih terjaga. "Mira tak ngantuk lagi" jawab Mira, "Maaf kejutkan abang" sambungnya lagi. "Kenapa Mira nangis ni" Haikal perasan akan mata isterinya yang kelihatan merah menandakan Amira baru saja menangis. "Tak adalah" Nafi Mira. Amira cuba bangun dan menyandarkan badannya pada katil, Haikal turut membantu dan duduk di katil Amira. "Mira ingat kan bayi kita lagi?" Teka Haikal . Amira hanya tunduk menahan sebak. Haikal yg Perasan akan reaksi Mira terus memeluk isterinya itu dan Amira sudah tidak dapat menahan air matanya lagi.. Haikal hanya membiarkan Amira menangis sepuas puasnya.. sungguh dia tersiksa melihat keadaan isterinya itu. "Maafkan Abang Mira, semua ni salah abang" Haikal mengucup Umbun umbun Amira. "Tak apalah bang, semua ni dugaan Allah untuk kita" Amira berfikiran positif. "Lepas ni kita mula hidup baru ya? Abang dah tak nak ulangi perkara sama, ego abg menghancurkan abg sendiri .. abang sayang Mira, Abg taknak hilang Mira. " luah Haikal pada isterinya. "Biarlah semua ni jadi pengajaran untuk kita , Mira harap semua ni adalah ujian sebelum kita meniti bahagia. Mira dah taknak tengok abang asyik salahkan diri abang, itu tandanya abang tak terima takdir. Kita buka buku baru, Ampunkan salah silap Mira selama ni, Mira pun dah lama maafkan abang. Mira sayang Abang. " lantas Amira mencium tangan suaminya, Haikal terus mencium dahi Amira dan membawa isterinya itu kedakapannya.
...................................
Tiga bulan selepas Amira kembali pulih, Qistina dan Qusyairi melangsungkan pertunangan mereka.. "Tahniah Qis dan Airi, aku tumpang bahagia tengok korang tak sangka akhirnya bertunang jugak korang yer, semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. Airi jaga Qis baik2 tau".."Thanks Mira, kau lah sahabat dunia akhirat aku.. insyaallah, kau doakan tau"... "dan.. terima kasih sebab kau temukan aku dengan jodoh aku" ucap Mira lagi dengan nada berbisik .. Amira dan Qistina tergelak berdua... "Tahniah bro, semoga sampai ke jinjang pelamin, jangan lupa doakan aku dengan Amira juga tau" ucap Haikal pada Airi sambil mengenyitkan mata, Airi tergelak kecil "Haa faham sangat, semoga kau dengan Mira dikurniakan '1team bola' cahaya mata " tergelak mereka berempat mendengar kata2 Qusyairi.. "Tengoklah tu lelaki senang je minta yg kita ni mati2 nak beranak" perli Amira.."Dah isteri je yg boleh mengandungkan zuriat suami, minta dengan isterila, takkan nak minta dengan Papa dan daddy pulak kan" usik Haikal pada Mira. "Ishh dia nii ada je jawapan dia"geram Amira lalu mencubit pinggang Haikal .."ouch! sayang sakitla, cium kang baru tahu"...."Amboii.. jangan nak bermadah kasih dekat sini erk, main cium2 pulak. Tau lah dah halal tak payah lah nak bagi jeles orang belum halal lagi ni" luah Airi yg cemburu melihat pasangan bahagia itu. Amira hanya tersengih "Haaa ni Haikal ni yang gatal sangat. Jomla Qis, orang laki ni tak boleh layan sangat, makin menjadi2" ajak Amira lalu membawa Qistina pergi.
.............................
"Sayang, Abang ingat abang nak honeymoon lagilah" luah Haikal bersama senyuman nakal.."honeymoon? Abg ni biar betul?" .."betul lah tapi kita bawa mamy daddy, papa dan mama sekali, kiranya Honeymoon 'masal' lah ".. tergelak Amira mendengar cadangan suaminya itu. "Emm.. seronok juga tu, kita bawa diaorang pergi Pulau Langkawi nak?".."Abg memang nak rancang pergi situ sebab haritukan kita dah cakap dekat Mama n papa." .."Ok Mira ikut je. Berapa lama?" .."kita pergi 2minggu. ok?.."ok jugak boleh shopping puas2" Sengih Amira.. "ee sayang ni shopping je tau" .... "mestilah, boleh bawa mama n mummy skali. Bestnya"  Amira memasang angan. "Yelah sayang nanti kita beritahu dekat Mama Papa, mammy n daddy. Kita bagi suprise. Sekarang ni dah malam, jom tidur?".."Ok. Abang naik dulu Mira nak kemas dapur jap" .."sayang ni, dapur tu esok2 lah kemas" lantas Haikal menggendong isterinya lalu dibawanya naik. "Abang, Mira bolehh jalanlah" terkejut Amira apabila Haikal menggendongnya. Haikal meletakkan Amira di atas katil dan terus dimatikannya lampu. JENG JENG JENG. ...............................
"Kitaorang datang ni ada benda nak bagitahu my. Daddy mana?" Tanya Haikal pada mummy yg sibuk memasak di dapur. "Ada dekat bilik kerja dia rasanya. Kamu makanlah dulu, mammy panggil dady jap" pinta Puan Hamsiah lalu terus pergi untuk memanggil suaminya.
................................
"Pulau Langkawi?" Terkejut Encik Othman melihat tiket yang diberikan Oleh Haikal. "Ha'ah daddy, Mama dengan papa pun ikut sekali, Haikal dah bagitahu mereka , kan sayang?" Beritahu Haikal, Amira mengangguk. "Diaorang setuju tak?" Tanya Puan Hamsiah.. "mestilah setuju Mammy, papa dengan Mama tu suka travel" jelas Amira pada mak mertuanya. "Kalau macam tu, Siah serahkan keputusan di tangan Abglah" Kata Puan Hamsiah. "Abg ok je lagipun dah lama kita tak bercuti rasanya kan" ..."jadi kiranya daddy n mammy setuju lah ni?".. Puan Hamsiah dnEncik Othman mengangguk.
............................
"Best jugakkan Honeymoon masal ni sayang?" Haikal menyapa isterinya yang baru habis mandi "Ha'ah memang best puas jalan2 dengan papa, daddy, mama n mummy" Amira senyum sambil menyikat rambutnya didepan meja solek. Haikal memeluk bahu Amira dari belakang"hmm.. harumnya rambut isteri abg ni".."Abang dah mandi dah?" Soal isterinya. "Abang lagi awal mandi dari sayang tau" jawab Haikal lalu mencium pipi isterinya. Haikal menarik tangan Amira menuju ke katil. "Abang, Mira nak pakai baju ni." Jelas Mira yg hanya memakai baju tuala. Haikal meletakkan jari telunjuknya di bibir Amira "shhhhh.." Amira hanya terkaku membiarkan perbuatan Haikal. Haikal membaringkan isteri nya lalu bibirnya hinggap di dahi, pipi, hidung dan seterusnya bibir mulus Amira....tiba2.... *knock knock knock* pintu mereka diketuk. Haikal hanya mengeluh dan membuka pintu biliknya "Haa ma ? Ada apa?" Tanya Haikal apabila melihat Puan Ruzana didepan bilik mereka, "Kamu dah dinner belum? Kalau belum jom dinner dengan mama, papa n mummy daddy sekali ?" ..."belum maa. Ok kejap lagi kitaorang datang" ......... "mama ke tu Bang?" Tanya Mira sebaik saja Haikal menutup pintu. "Ha'ah, ajak kita dinner sekali, sayang pergilah besiap cepat" pinta Haikal
.....................................
2bulan berlalu..
"Qis bila kau dengan Airi nak bernikah?" Soal Amira yg melihat Qistina sedang leka membuat kerjanya. "Mak aku tak bagi tunang lama2, tak elok katanya. Mungkin 3bulan dari sekarang kitaorang nikah" maklum Qistina pada Amira "Ohh.. kau jangan cari baju pengantin dulu erk?" Pinta Amira. "Dah kenape? Abistu aku nak pakai baju apa pulak?"... "kau ikut je lah cakap aku. Airi pun sama" ... Amira bercadang hendak membuat rekaan khas baju pengantin buat sahabatnya itu, kira hadiahnya atas perkahwinan mereka..  
...................................
"Hi abang ! " mira mengejutkan suaminya yg sedang leka menonton tv lalu duduk disebelah Haikal. "Hish sayang ni suka kejutkan abang" luah Haikal geram dan memeluk bahu isterinya. "Alahh bukan selalu" .."tak selalu syg kata, nasib abg ni takda heart attack tau" .. Amira melentokkan kepalanya di dada bidang milik Haikal. "Bang, Lagi 3 bulan Qis dah nak kahwin.. Mira ingat Mira nak design baju pengantin untuk diorang. Boleh x bang?".."yeke? Wah kahwin juga diorang akhirnya ye. Bagus jugak tu sayang, mesti Qis dan Airi suka" Haikal turut teruja mendengar rancangan Mira. "Kan. Tapi abang jangan bagitahu Qis dulu tau, Mira nak bagi suprise untuk diorang ni." .. "ok, rahsia selamat" .. tiba2 Amira rasa loya dan terus berlari ke dapur...
..................................
Qistina dan Airi akhirnya disatukan. "Cantik tak bang baju pengantin Qis ngn Airi?" .."cantikla sayang tak sangka sayang ni hebat jugakkan".."ehh mestilaa ni Nurul Amira Norman tau" ucap Mira bangga.."eleh berlagak pulak dia. Baby bila baby besar nanti jangan ikut perangai mummy baby ni tau " Haikal mengusap kandungan isterinya yang sudah berusia 4bulan. "Hishh apa abang ni" Amira sudah buat muka. "Alolo, sayang nih kuat sangat merajuk, pembawaan baby ke ape" .. Amira tidak memperdulikan Haikal dan menumpukan perhatian pada 2mempelai di atas pelamin. Haikal yang berasa geram kerana tidak dipedulikan isterinya terus mencium pipi Amira "abanggg?!" ...."sapa suruh tak layan Abg" Haikal buat muka selamba.
............................................
" kakak boleh temankan Mimi pergi ambil baju pengantin tak?" ...."boleh, sejam lagi kkak sampai bawa Aakif sekali minta mama tolong jaga kejap. Abg Haikal Kerja esok baru pulang. Bagitahu Mama tau ?" .."ok thanks kakak" ........... 'Mohd Nazmin Aakif' nama diberi pada Zuriat mereka yang pertama. Kini usia Aakif telah mencecah 5bulan. -'Assalamualaikum Abg , Mira temankan mimi ambil baju pengantin dia, Aakif Mira minta tolong mama jaga kejap.' - Mira menghantar pesanan ringkas pada Haikal
...............................
"Hafiz mana mimi, kenapa tak pergi dengan dia?" Soal Mira. "Dia sibuk habiskan kerja dia kak, katanya nanti tak adalah kerja yg tertangguh, boleh la cuti dengan tenang" ..."ohh bila dia ambil cuti? Majlis korang seminggu je lagi tau. "....."lagi sehari dia cuti lah kak, tu yang sibuk nak habiskn kerja dia sebelum cuti." ..."Yalah Mimi, kalau ada perlu apa2 bagitau je akak. Akak ada je dekat butik tu. Lusa baru Akak cuti. "
......................................
"Aku terima nikahnya Nurul Aimimi Binti Norman dengan Mas Kahwinnya 1000 ringgit, tunai"
Dengan sekali lahfaz, kini Mimi dah jadi Isteri pada Mohd Nizam Hafiz..... "Tahniah Mimi, Hafiz. Abang dengan kak Mira doakan kebahagiaan korang. Ni hadiah daripada kami" ucap Haikal lalu menyerahkan sekeping sampul surat pada Mimi dan Hafiz. "Thanks abang" Hafiz memeluk Abang nya. "Mimi kerja, kerja juga tau jgn lupa tanggungjawab Mimi Sebagai isteri" nasihat Amira pada adiknya "betul tu mi. Ni haa macam kakak kamu ni, tak pernah abaikan tanggujawab dia sebagai isteri abang, kan sayang" puji Haikal lalu mencuit hidung isterinya. "Eee Memerli je kerja dia ni" Amira mencubit lengan suaminya. Hafiz dan Mimi hanya tertawa melihat kakak dan abang mereka...... "Amira nih Aakif ni nak susu" Qistina dan Airi muncul membawa Aakif. "Abang pegang Aakif jap Mira nak buatkan susu Aakif jap" Amira mengambil Aakif dari tangan Qistina lalu menyerahkan pada suaminya dan terus menuju ke dapur. "Tahniah Mimi, Hafiz" ucap Airi pada dua mempelai dihadapan mereka. "Thanks Abg Airi, tahniah juga sebab dah nak jadi papa dan mama" .. mereka berlima bergelak ketawa.  Qistina kini sedang mengandung 5bulan. "Subur kak Qis ya, belum sampai setahun kahwin dah mengandung " Mimi bersuara. "Rezeki mi " Qistina senyum.
...................................
2years later..
"Abang, Aakif mari makan biskut ni dulu" laung Amira memanggil suami dan anaknya yg sedang leka bermain di halaman rumah. "Thanks sayang" Haikal datang lalu mencium pipi isterinya. "Sama, panggil la Aakif tu" pinta Mira namun Aakif leka bermain dengan permainannya. "Sayang, adik Aakif ni nak bagi nama apa?" Tanya Haikal yang sudah mengambil tempat disisi Amira. Kini Amira sedang mengandung anak kedua mereka dan doktor sahkan ianya adalah perempuan. "Emmm Mira rasa nak bagi nama dia Nurul Nazira Aifira ok tak ?" ..."cantik lah nama tu, pandai sayang pilih" Mira hanya tergelak kecil, matanya leka memandang Aakif bermain... Haikal bertindak mencium bibir Amira, sesaat 2 saat 3 saat ... 10 saat "Mummy, Daddy ! buat apa tu?" Aakif  yg melihat adegan kasih sayang mummy dan daddy nya terus meluru ke arah mereka. "Daddy tengah sayang mummy ni, kan mummy" sengih Haikal. Amira hanya tergelak kecil melihat telatah Aakif. "Aakif pun nak juga sayang Mamy" Aakif terus mencium pipi Amira.. "daddy tak nak sayang? Merajukla camni" Haikal buat muka mengenakan Aakif "sayang daddy jugalaa" Aakif mencium pipi Haikal "Aakif suka tak ada adik?" Tanya Amira .. "suka ! Boleh teman Aakif main sama kan daddy?" .. Haikal tersenyum mendangar jawapan anak sulungnya itu. "Jomla main lagi daddy?" Aakif menarik lengan Haikal agar mengikuti langkahnya. "Terima kasih sayang" Haikal bangun dan mencium pipi Amira sebelum mengikuti langkah Aakif. 'Terima kasih Ya Allah , atas kurniaan mu yg tak terhingga ini.. Abang Kasih Mira pada Abang kekal selamanya' detik hati Mira bahagia dengan kehidupannya sekarang ...
-The End-