Tuesday, November 29, 2016

SAHABAT

2015 mencipta seribu satu kenangan bersama insan2 yang pernah bergelar sahabat. ya PERNAH. mungkin kehilangan sahabat adalah sesuatu yang lebih menyakitkan berbanding putus cinta HHAHAHA #cliche . tahun ini semua berakhir. sebabnya ? chemistry . daripada 10 berkurang kepada 9 , daripada 9 berpecah . masing-masing membawa diri pada geng asal . rindu ? sememangnya tapi hanya merindui kenangan bukan 'Mereka' . sedih . unexpected. yang pernah makan sepiring , lepak sama2, masak sama2 , study sama2 , pernah berjanji untuk ke menara gading sama2,berjaya sma2 semua sama2 tiba2 jadi stranger, even not so stranger still kawan lagi tapi 'awkward' tu ada . backstabber ? ofcourse ... well said , semua manusia, tak lari dari sifat tidak puas hati rite? satu benda aku belajar dari benda ni, not everyone will stay , even ur closefriend skli pun gonna leave u oneday. Dan kita kena belajar untuk terima dengan hati terbuka dan Redha .

KEBEBASAN

Tidak semua orang di mukabumi ini memiliki kebebasan . kebebasan apa ? kebebasan dari segi kehidupan yang dijalani. Aku sering menjadi seorang pendengki kepada sahabatku sendiri.. kenapa? kerana aku tidak miliki kebebasan yg mereka miliki. Mereka bebas untuk pergi kemana jua tidak kira waktu tapi tidak bermakna their parents tidak ambil berat, they did but not too strict towards their childs. Kadangkalanya aku memberontak kerana itu ini tidak dibenarkan, tapi jauh di sudut hati aku tahu, semua ini aku alami adalah untuk kebaikan diri sendiri. Satu aku impikan, semoga masa hadapan mampu memberikan aku nikmat kebebasan sebenar .

MASA DEPAN


Sesuatu yang setiap insan impikan adalah masa depan yang cerah , secerah bumi disinari cahaya matahari. Sesuatu yang perlu dilakar dengan ketelitian untuk mendapatkan hasil yang begitu menyenangkan serta membanggakan. Namun, setiap insan hanya mampu mencorakkan masa depan yang mereka inginkan dengan usaha dan selebihnya yang maha berkuasa menentukan. Seram bukan ? satu yang aku belajar dalam kehidupan ... jikalau berazam namun tidak punya usaha, azammu hanya sia-sia ... semoga allah mempermudahkan segala urusanku dunia dan akhirat :')